CATATAN TERKINI

01 Disember 2009

Masya Allah dan Astagfirrullahhalazim

Kebiasaannya masyarakat kita banyak menggunakan perkataan "masyaallah"
dalam situasi yang salah. Didapati ramai dikalangan kita menggunakan lafaz
"MasyaAllah" ketika berhadapan dengan situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contohnya ketika terlihat gambar-gambar censored atau bila anak-anak kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE
ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah,
kita menggunakan istilah "Masya'aAllah" bila kita
melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak2
yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau
wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan
situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan.
Yang patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim"
(Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah"
(Kepada Allah kita kembali).

Yang baik itu datangnya dari Allah, yang salah tu adalah dari diri hamba sendiri..!

Wallahualam....!!!

1 ulasan:

FadzilSalleh 05 Disember, 2009 09:04  

Salam.Masya Allah memang digunakan bila melihat sesuatu kebesaran tuhan tetapi kebesaran yang memberi keinsafan/kekecewaan/ketakutan dll.Untuk perkara yang menunjukkan keangungan tuhan / keindahan/menenangkan lebih tepat kita ucap Subhanallah. Wallahu a'lam.

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA