CATATAN TERKINI

30 April 2011

Kuliah Maghrib oleh Ust Hassan Abd Razak

Kuliah Maghrib oleh Ust Hassan Abd Razak akan diadakan pada :

Tarih : 30 April 2011 (Sabtu malam Ahad).
Tempat : Surau Darul Taqwa Kpg Tersusun Jln Gula.
Masa : Jam 8.00 malam.

Semua dijemput hadir.
Bayaran masuk PERCUMA.

Read more...

Kenduri Rumah Haji Samson

30 Apr 2011 : Jam 10.30 pagi hari sabtu , ada jemputan kenduri Tahlil di rumah Tn Hj Samson sempena majlis pertunangan anak perempuan beliau. Kenduri ni awal sikit sebab ada kenduri kahwin kat jln gula lepas ni. Dah lama rasanya tak update blog ni. Kebetulan bawa hp , jadi terus ambil gambar untuk tatapan semua.

Haji Samson merupakan bapa kepada Ust Sedek dan beliau baru berpindah ke sini beberapa bulan yang lalu. Rumah beliau hanya selang sebuah dengan rumah Ust Sedek. Majlis tahlil telah diketuai oleh Tn Hj Shariff. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Tuan rumah kenduri -Tn Hj Samson (berserban)

Sebahagian dari hadirin yg menyertai majlis Tahlil

Tn Hj Shariff (baju kuning) yg mengetuai majlis tahlil dan
Tn Hj Zakaria selaku pengerusi Kg Tersusun dan Surau Darul Taqwa.


Majlis jamuan .... tambah lagi bang !

Majlis jamuan secara layan diri



Read more...

27 Mac 2011

Dah lama Tak Muncul ...

Assalamualaikum. Selamat bertemu kembali setelah lama berehat. Semoga diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus menegakkan kalimahnya di bumi ni. Ini ada sedikit panduan untuk kita semua. Semoga ada manfaatnya.

Kata Imam al-Ghazali Rahimahullah Ta'ala di dalam kitab Bidayatul Hidayah. Ilmu yang memberi manfaat itu ialah;
1. Ilmu yang menyebabkanmu lebih takutkan Allah Ta'ala
2. Ilmu yang menyebabkan mata hatimu nampak keaiban dirimu sendiri
3. Ilmu yang menambah makrifatmu kepada ibadat yang membuatkanmu mengenali Allah – solat, puasa dll.
4. Ilmu yang mengurangkan kegemaranmu kepada dunia
5. Ilmu yang menambah kegemaranmu terhadap akhirat
6. Ilmu yang membuka mata hatimu kepada perkara yang membatalkan pahala amalan sehingga kamu dapat mengelakkannya – hasad, riak dll.
7. Ilmu yang menampakkan kepadamu segala tipu daya syaitan dan putar belitnya .

Read more...

26 Jun 2010

Kenduri Kahwin Rumah Ust sedek

Gambar sekitar majlis perkahwinan anak Ust sedek

Read more...

05 Jun 2010

Biasa ke Luar Biasa Ke ?

Lihat betul-betul pada tangkai buah kelapa ini. Biasanya satu tangkai hanya untuk sebiji kelapa. Inilah kekuasaan Allah. Kelapa yang ditanam bersebelahan rumah Saudara Jamaludin Chik memang berbuah lebat dan beliau menyedari keganjilan ini semasa ingin memetik kelapa tersebut.





Read more...

26 Mei 2010

Kedai Rakyat

Kedai Rakyat yang diberi nama Purnama Barokah oleh pengusahanya iaitu En Fadzil Omar (PT 383) yang telah beroperasi lebih sebulan yang lalu telah mula menampakkan kemajuan dari hari ke sehari. Semua penduduk memberikan sokongan terhadap beliau, sekurang-kurangnya beliau telah berjaya melunaskan fardhu kifiyah dalam bidang kedai runcit ini. Semoga usaha beliau akan terus diberkati Allah selaras dengan nama premis beliau "Purnama Barokah".

Pengunjng bertanya khabar sambil membeli barangan keperluan


Inilah dia Tokei Kedai

Tokei kedai ...Ye Bang ... Boleh saya bantu ?

Read more...

23 Mei 2010

Ribut

Khamis 20 Mei 2010 - Satu kejadian ribut telah melanda Kampung Tersusun dan kawasan sekitarnya (Selinsing) sekitar jam 5.15 petang. Ribut yg melanda disertai dengan hujan batu (ais batu) sebesar lebih kurang 2cm.Akibatnya beberapa buah rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung (Awning ). Lihat gambar-gambar yang disumbangkan oleh En Badrol (PT390).

Rumah Cikgu Badrol Manan

Rumah Cikgu Hadi

Rumah Cikgu Hadi

Rumah Jiran Cikgu Badrol Manan

Rumah sebelah Tadika Umi

Rumah Shamsudin - Parit 2

Rumah di Parit 2

Rumah di Parit 2

Read more...

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA