CATATAN TERKINI

28 Januari 2010

Alat Berwudhu Automatik Pertama Di Dunia

Ketua Imam Masjid Jamek, Mohd Adam Sarpan turut mencuba mesin "Automatic Wudu Washer" selepas dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada majlis pelancaran mesin tersebut di sini, malam tadi. Mesin Automatic Wudu Washer merupakan yang pertama di dunia untuk mengambil wudhu dan menjimatkan penggunaan air.

KUALA LUMPUR, 29 Jan -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis malam melancarkan alat berwudhu automatik pertama dan satu-satunya alat di dunia, ciptaan rakyat Malaysia yang inovatif untuk kegunaan umat Islam global.

Pada majlis itu, Najib menandatangani sebuah plak melambangkan pelancaran peranti itu di sebuah hotel di sini.

Perdana Menteri kemudian melihat demonstrasi penggunaan alat yang dicipta oleh juruterbang dan jurutera penerbangan, Anthony Gomez yang kini merupakan seorang ahli perniagaan.

Gomez merekabentuk alat mengambil air sembahyang itu.

Sistem pengambilan wudhu itu direka bagi membolehkan seseorang individu berwudhu dalam posisi berdiri mengikut ajaran kitab suci Al Quran.

Alat ini mempunyai sensor yang akan mengeluarkan sukatan air yang tepat, selain sistem elektronik canggih untuk pengeringan segera dan ia berupaya memperdengarkan bacaan doa yang dirakamkan untuk sebelum dan selepas mengambil wudhu. Gomez berkata beliau mendapat idea untuk mencipta alat itu sewaktu mengembara menaiki feri di Jordan pada 2006.

"Apabila saya memasuki tandas di dalam feri itu saya melihat kira-kira 40 orang sedang mengambil wudhu di dalam sinki... saya kemudian memutuskan untuk mencari satu kaedah lebih baik dan mereka alat khas untuk umat Islam berwudhu," katanya.

Ia mengambil masa dua tahun untuk Anthony membangunkan alat itu dan membelanjakan lebih US$2.5 juta untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembangunan prototaip.

Gomez, yang merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan produk itu berkata sewaktu proses pengeringan ia berupaya mengurangkan kos penyelenggaraan dan dapat menghindar umat Islam daripada sakit akibat kesan lembapan dan jangkitan daripada permaidani dan kawasan sekeliling.

Katanya, alat itu yang dianggarkan berharga RM10,000 setiap set dijangka berada di pasaran dalam tempoh enam bulan lagi dan syarikat itu yang beroperasi di Petaling Jaya telahpun menerima tempahan awal dari Arab Saudi dan Kuwait selain menerima banyak pertanyaan dari negara-negara Timur Tengah.

Alat itu, katanya mempunyai ciri-ciri mesra alam dan menjimatkan 1.3 liter air setiap kali berwudhu, bersih dan dapat mengatasi kesesakan di dalam bilik wudhu.

-- BERNAMA


Read more...

26 Januari 2010

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Sumber Darussyifa' online

Read more...

Rahsia disebalik Sunnatullah

Dalam Diri Kita Ada Tanda-Tanda Kebesaran Tuhan..

Hayati Dan Fahami…

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadis yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan- garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.


Berikut adalah antara inti pati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah saw, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasulullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah – Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproses makanan itu.

Membaca Bismillah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Bismillah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah SWT, apabila Bismillah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

3. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi berasid Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama di atas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka’bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendekiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Kaabah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, di mana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada di atas setelah ia memijak- mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafii, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sumber Pelbagai Cerita

Read more...

23 Januari 2010

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." "

Sumber PPD Kerian

Read more...

20 Januari 2010

Botol oh Botol ... Nak buang sayang


Pernahkah anda minum dari botol minuman plastik atau makan makanan dari bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut.

Sekiranya kita lihat pada belakang atau di bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod no. pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).


Ketahuilah Fakta2 berikut:
* Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET (yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara.

* Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya

* Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.

* Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.

* KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN sama sekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama.

Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. Bahan Bisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi.

Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini.

Jadi, kita kena bertindak sekarang. Jangan guna plastik kod 1 berulang kali, jangan guna kod 5 dalam tempoh yang terlalu lama. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6 & 7. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.

Forest Research Institute Malaysia
52109 Kepong, Selangor,
MalaysiaHotline : +603-62797000

Read more...

Siapakah orang yang ....

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan sendiri seperti kerajaan Nabi Sulaiman dan juga tidak bersyukur atas nikmat yang dikurniakan kepadanya.

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman dan meredhai atas apa yang menimpanya.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini disamping mengingfaqkan hartanya kejalan Allah disamping mengamalkan untuk keakhiratan.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa berusaha mencari dan mengumpulkan harta dan lupa kepada Allah.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan dan masih lupa dan lalai daripada memngingati Allah SWT.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik dan terpuji.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.Kubur adalah salah satu taman dari taman syurga dan lubang dari lubang neraka.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa apa-apa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..Minta lindung dengan Allah.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg tidak membaca risalah ini dia tidak menyampaikan pula pada org lain..

DARI BLOG DIAMBANG MAUT

Read more...

Kelebihan Surah Al-Kauthar

Hari ini kita cerita sikit tentang surah yang paling pendek. Kalau imam baca surah ni tanpa menunggu makmum maka alamat lah kelam kabut makmum nak habiskan al-fatihah.

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat
dan diturunkan di Makkah yang bermaksud sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati
Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika
baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihinya iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

* 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,
mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

* 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'Allah hilang dahaga.

* 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

* 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

* 5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

* 6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

* 7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Read more...

11 Januari 2010

Bertambah Meriah

Sejak akhir-akhir ini Kampung Tersusun ini menjadi pilihan utama kepada para penyewa untuk tinggal di sini. Semakin hari semakin ramai dan suasana semakin meriah dengan kehadiran para penghuni baru yang kebanyakannya adalah penyewa. Majoriti yang datang menyewa adalah dari kalangan para pendidik atau cikgu. Menjelang tahun baru 2010, ramai yang bertukar tempat kerja dan ditempatkan di sekitar Selinsing, Semanggol atau Bagan Serai terutama para pendidik dan tentunya perumahan Kampung Tersusun menjadi pilihan utama untuk menyewa.

Perumahan di sini menjadi pilihan utama kerana beberapa perkara:
1. Rumah yang selesa (sebuah-sebuah) 3 bilik tidur 2 bilik air.
2. Sewa yang berpatutan (sekitar RM300 atau RM350) mengikut keluasan dan kemudahan yang disediakan seperti parking berbumbung, grill untuk semua tingkap dan pintu dll.
3. Kemudahan pusat asuhan kanak-kanak . Ramai suri rumah yang tidak bekerja mengambil upah mengasuh anak-anak kecil. Orang luar pun ramai yang hantar anak mengasuh di sini.
4. Kemudahan Tadika. Sekarang sudah ada dua buah tadika iaitu tadika ABIM As-Siddiq dan tadika Ummi Ceria (cawangan). Tadika Ummi ceria juga mengadakan kelas mengaji al-Quran untuk kanak-kanak pada sebelah malam.
5. Surau yang besar dan lengkap dengan kemudahan aircon serta selesa untuk beribadah dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan. surau ini dinamakan Darul taqwa.
6. Ada gelanggang serbaguna untuk bermain Futsal dll.
7. Akhir sekali rasanya ialah keramahan penduduk yang mudah memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira masa.

Kepada semua penghuni, tanpa mengira siapa anda sama ada penyewa atau pembeli, marilah sama-sama kita mengimarahkan surau kita. Datanglah ke surau untuk berjemaah, disamping itu bolehlah kita berkenalan dan mengeratkan lagi silaturrahim. Rasanya dah ramai penghuni di kampung ni, tetapi setakat ini yang berjemaah masih muka-muka lama.

Ada satu lagi kemudahan iaitu Badan Khairat Kematian. Semua penghuni adalah digalakkan menjadi ahli badan Khairat Kematian. Semua boleh menjadi ahli sama ada penghuni tetap atau penyewa. Banyak kemudahannya.

Akhir sekali jangan lupa tanggungjawab anda sebagai penghuni... anda semua diwajibkan membayar wang sampah RM10 sebulan, dana surau RM5 sebulan dan dana kampung RM... saya pun dah lupa. Bayaran boleh dibuat kepada bendahari iaitu En Hanif.

Read more...

10 Januari 2010

kisah lucu seorang muallaf from Indon

Seorang muallaf diajak temannya untuk shalat berjamaah. Ketika shalat imam membaca surat yang sangat panjang.
Ketika selesai shalat sang muallaf bertanya kepada Imam,”Pak tadi itu membaca surat apa pak kok panjang banget?” Sang Imam berkata “O itu surat an naml”.
Muallaf bertanya lagi ,”An naml artinya apa pak ?
Kata Imam ,”Itu artinya semut”
Si muallaf berkata dalam hati, “Wah surat semut saja panjang sekali”
Pada waktu yang lain menjelang sholat muallaf menemui imam tersebut ,”Pak Imam, nanti kalau shalat bapak membaca surat apa?”
Kata Imam ,”Surat al fiil”
Muallaf bertanya ,”Al fiil itu artinya apa?”
“Oo itu artinya gajah” kata imam
Muallaf kaget dan bertanya ,”wah pak imam kalau an naml aja panjang banget gimana dengan al fiil?”

Read more...

02 Januari 2010

Waktu Solat 2010


Bermula 2010 Taqwim Solat Negeri Perak akan menerima penambahan zon berbanding 3 zon sebelum ini. Ini berikutan kajian yang telah dilakukan oleh Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak mendapati beberapa penambahbaikkan perlu dilakukan pada taqwim solat negeri yang bakal digunakan pada tahun hadapan.


Menurut Bahagian Falak, Taqwim Solat Negeri Perak bagi tahun 2010 akan menerima pakai 7 zon berbanding 3 zon. Ini berikutan kajian yang dijalankan mendapati 3 perkara yang dapat diperbaiki dalam taqwim iaitu perbezaan waktu yang ketara, titik rujuk paling barat dan zon yang luas.


Contohnya bagi zon 1 perbezaan waktu solat bagi daerah paling timur dan paling barat mencapai 6 minit. Manakala bagi zon 2 pula mencapai 5 minit yang mana ini perbezaan yang agak besar. Maka dalam penambahbaikkan ini beza waktu solat ini cuba dikecilkan.


Berdasarkan 3 perkara tadi, maka penyusunan semula zon-zon waktu solat negeri Perak disusun semula, berdasarkan 3 asas-asas berikut :



1.
Penyusunan semula zon-zon berpandukan sempadan yang jelas dan praktikal.
2.
Selisih waktu solat kawasan paling Timur & Barat perlu dikecilkan.
3.
Titik rujukan kiraan mengambil lokasi yang paling barat dan paling Timur, dengan juga mengambil kira lokasi di kawasan paling Utara dan Selatan.


Contohnya dalam penyusunan semula Zon Waktu Solat Negeri Perak perbezaan kawasan paling barat dan paling Timur dapat dikecilkan sehingga 4 minit. Namun penyusunan ini turut mengambil kira sempadan-sempadan daerah yang mudah dikenal pasti dan tidak mengelirukan kecuali bagi daerah Hulu Perak. Ini kerana ia perlu dipecahkan kepada 2 zon berasingan iaitu zon 3 bagi Lenggong, Grik dan Keroh dan zon 4 bagi Temengor & Belum. Ini berikutan perbezaan waktu solat yang masih besar di antara kawasan paling Timur dan paling Barat di daerah Hulu Perak mencapai 5 minit.

Maka setelah perbincangan dan mendapat persetujuan S.S Tan Sri Dato Seri Mufti, insya ALLAH bermula Jan 2010, Zon Waktu Solat Negeri Perak akan menerima pakai 7 zon iaitu :-


1.
Zon 1

( Tapah, Slim River & Tanjung Malim )

1.
Zon 2

( Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput & Kuala Kangsar )

1.
Zon 3

( Pengkalan Hulu, Grik & Lenggong, )

1.
Zon 4

( Temengor & Belum )

1.
Zon 5

( Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Setiawan & Pulau Pangkor )

1.
Zon 6

( Selama, Taiping, Bagan Serai & Parit Buntar )

1.
Zon 7

( Bukit Larut.)

Sumber Mufti Perak

Read more...

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA