CATATAN TERKINI

06 Disember 2009

Walimatul Urus rumah En Moh Isa B Othman

Pada hari sabtu 5 Dis 2009 telah berlangsung majlis walimatul urus anak kepada en Mohd Isa B Othman. Majlis kenduri tersebut telah dilaksanakan secara gotong royong atas perminaan beliau sendiri. Sebelum ini pun ada beberapa kenduri kahwin yang dilaksanakan secara gotong royong dan secara kontrek di taman ini. Bagaimanapun terserahlah kepada kehendak tuan rumah sama ada hendak diadakan secara gotong royong atau secara kontrek.

Aktiviti gotong royong telah bermula pada 4 Dis 2009 iaitu pada hari jumaat. Pada sebelah pagi, para penduduk telah menyembelih seekor lembu dan melapah serta memotong daging sehingga selesai untuk dimasak. Pada sebelah petangnya pula iaitu selepas solat jumaat, sekali lagi bergotong royong memasak sup tulang untuk jamuan makan malam. Disamping itu dilakukan juga kerja-kerja memotong bawang dan lain-lain bahan untuk masakan esok hari.



Pada sebelah malam iaitu selepas solat isyak berlangsung majlis berzanji, marhaban dan tahlil jamuan makan malam dengan menu sup tulang.



Pada pagi sabtu, bermulalah gotong royong memasak yang diketuai oleh Hj Asmuni dan abangnya. Para penduduk membantu apa yang patut. Alhamdulillah, majlis dapat berjalan lancar dengan izin Allah. Tahniah diucapkan kepada semua yang membantu dalam menjayakan majlis tersebut. Semoga keikhlasan anda mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah.



1 ulasan:

FadzilSalleh 06 Disember, 2009 21:04  

Salam. Dalam masyarakat banjar, sehari sebelum kenduri, ada gotong royong mengukus pulut.Pulut akan dijamu kepada tetamu pada awal pagi esok berlaukkan sambal bilis, ikan goreng,inti kelapa dan tak lupa ikan wadi.Ketika beramai-ramai memotong daging,bawang,cili,kentang dll bahan-bahan masak mereka makan pulut.Budaya ini masih berkekalan.Tahun depan mungkin kita akan mengukus pulut di rumah ustaz sidek sbb dia orang banjar !

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA