CATATAN TERKINI

07 Jun 2009

PEMBINAAN SURAU DAARUL TAQWA

Sebelum ini para penduduk Kampung Tersusun Jalan Gula menggunakan beberapa buah rumah penduduk yang belum berpindah dengan kebenaran tuan rumah untuk mendirikan solat berjamaah. Pihak pemaju hanya menyediakan tapak untuk didirikan surau. Atas inisiatif dan kesedaran, maka timbullah cadangan untuk mendirikan surau. Keputusan telah dibuat dimana semua perbelanjaan dan kerja pembinaan adalah atas dasar wakaf para penduduk dan individu luar yang ingin berwakaf.


Langkah pertama yang dilakukun ialah mengumumkan kepada sesiapa yang ingin mewakafkan tanah untuk menambak tapak surau. Keesokkan harinya (saya tak pasti tarikhnya, tetapi awal Jun 2006) berlori-lori tanah merah datang menimbun tapak surau sambil traktor meratakan tanah.Subhanallah ... saya sendiri tidak menjangka begitu ramai yang telah mewakafkan tanah secara sembunyi-sembunyi sebagai menunjukkan tanda keikhlasan kerana Allah.

Pada 7 Jun 2006, maka bermulalah kerja membersih dan meratakan tanah ditapak pembinaan. Pada 17 Jun 2006, bermulalah kerja mengukur dan menanda tapak seperti yang terdapat dalam plan yang dilukis. Semuanya dilakukan oleh para penduduk yang diketuai oleh seorang penduduk yang mempunyai kemahiran dalam bidang pembinaan.

Sasaran untuk digunakan surau ini ialah pada ramadhan tahun 1427H ini juga. Maka pada setiap hari minggu (sabtu dan ahad) dan hari-hari cuti yang lain juga pada sebelah petang selepas pulang dari bekerja , ramailah para sukarelawan yang turun bergotong royong membina surau. Masing-masing menggunakan kemahiran yang ada. Paling tak mahir pun kerjanya ialah membancuh simen atau mengangkut simen.

Lama-kelamaan terdirilah sebuah bangunan yang tidak berplaster dan tidak berbumbung kerana tiada peduduk yang berkemahiran untuk melakukan kerja tersebut. Jawatankuasa bersetuju untk mengupah pekerja yang berkemahiran untuk melakukan plaster dinding dan meminta bantuan tentera untuk mebina bumbung. Akhirnya siaplah bangunan surau yang boleh digunakan untuk solat berjamaah walaupun masih belantaikan pasir dan simen.

Untuk sementara, lantai dilapik dengan tikar getah untuk kegunaan solat berjamaah. Ramadhan tahun tersebut agak meriah kerana solat tarawih dilakukan di surau baru walaupun belum sempurna.

Surau ini perlu diberikan nama seperti sama juga dengan manusia. Maka jawatankuasa meminta seluruh penduduk menuliskan nama yang sesuai dan dimasukkan kedalam tabung khas. Ustaz Yusuf Din iaitu salah seorang pendakwah bebas yang menyampaikan kuliah bulanan di kampung ini sebelum wujudnya surau baru t elah dipersetujui untuk memilih nama dari tabung tersebut. Akhirnya beliau telah menamakan surau ini dengan nama Surau Daarut Taqwa (mengikut sebutan arab). Jika ditulis dengan tulisan rumi jadilah Surau Daarul Taqwa.

Catatan ni belum habis lagi .... bersambung





0 ulasan:

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA