CATATAN TERKINI

29 November 2009

Ibadah Qurban 1430H / 2009M

Ibadah Qurban telah selamat dilaksanakan pada hari raya pertama iaitu pada hari jumaat. Selepas solat jumaat iaitu sekitar jam 2.30 petang. Seramai kira-kira 35 orang penduduk telah melaksanakan ibadah tersebut. Dua ekor lembu telah dikorbankan dengan 14 bahagian peserta.Sembelihan telah disempurnakan oleh Tn Hj Shariff B Abd Aziz.

Para penduduk telah bergotong royong melapah dan membahagikan daging korban kepada semua penghuni dan beberapa rumah di sekitar jalan gula. Bahagian tulang-temulang telah dimasak dengan menu 'gulai batang pisang'. Selepas solat maghrib telah diadakan majlis tahlil dan jamuan makan malam. Batang pisang habis licin ... berselera nampaknya. Daging yang telah dimasak juga dibungkus dan diagihkan kepada semua penduduk. Alhamdulillah , semoga yang berkorban diterima korbannya dan yang hadir bergotong royong juga diterima amalannya oleh Allah.



Read more...

25 November 2009

Puasa sunat hari Arafah - 9 Zulhijjah

Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha) [1]

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan) [2]

——————————————————

[1] al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji

[2] Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.

Sumber

Read more...

Pasar dan Raya


Rabu 25 Nov 09 - Pagi tadi saya ke pekan sehari simpang empat semanggol. Saya jarang berkesempatan untuk ke pekan tersebut melainkan hanya pada waktu cuti sekolah. Saya sampai sekitar jam 8.00 pagi. Terkejut dibuatnya kerana ramainya pengunjung yang datang membeli belah.

Tertanya-tanya apa pasal ramai sangat orang sampai nak berjalan pun payah. Mungkin kerana cuti sekolah kot. Hasil perbualan dengan rakan-rakan yang ditemui, mereka membuat kesimpulan kerana lusa dah nak raya haji. Baru saya perasan ... patutlah ramai yang beli daun palas sampai saya tak sempat nak beli ...dah habis.

Keadaan laluan di pasar sehari amat buruk sekali kerana becak atau lecah akibat hujan. Semasa melalui lorong yang dipenuhi air dan lumpur saya terdengar seorang pengunjung berusia sekitar 60 an merungut "Depa ni duit sewa orang meniaga kutip , tapi tengok la ... nak lalu pun payah". Dalam hati saya berkata ' betul juga apa yg dikata tu'. Sepatutnya tuan tanah perlulah memkirkan perkara ini. Walaubagaimanapun saya tidak mengambil gambar keadaan laluan yan dimaksudkan. Gambar yang ada ni pun hanya diambil dari jauh dari dalam kereta. Itu pun orang lain yang tolong ambilkan.


Read more...

24 November 2009

Soal jawab berkaitan Korban

NIAT KORBAN

Soalan; Saya telah niat untuk memberi korban selagi saya mampu untuk keluarga saya(iaitu anak-anak saya suami dan juga diri saya sendiri). Soalan saya bagaimana cara untuk saya niat...dan ketika melakukan korban saya selalu diminta memberikan nama orang yang kita nak bagi korban itu. Nama siapakah yang harus saya bagi sebab mereka cuma minta nama seorang saja ketika hendak menyembelih.

Jawapan;

Dinisbahkan kepada sebuah rumah/keluarga, korban adalah sunat kifayah dengan pengertian kalau seorang daripada anggota rumah/keluarga telah menjalankan korban maka terhasillah sunat korban tadi bagi semua anggota keluarga. Berkata Imam ar-Rafi’ie; “Seekor kambing tidak boleh dijadikan korban melainkan untuk seorang sahaja. Namun jika seseorang melakukan korban dengannya bagi pihak ahli keluarganya, maka terhasillah syi’ar dan sunnah bagi sekelian mereka”.[1] Ini berdalil kepada hadis dari ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Nabi s.a.w. menyembelih korban dengan dua ekor biri-biri dan baginda berkata; ‘Ya Allah, terimalah korban ini dari Muhammad serta ahli keluarga Muhammad” (Riwayat Imam Muslim dari Aisyah r.a.).

Begitu hadis dari Abu Ayyub al-Ansari r.a. yang menceritakan; “Kami pada mulanya (di zaman Nabi s.a.w.) melakukan korban dengan seekor kambing yang disembelih oleh seorang lelaki bagi dirinya dan bagi ahli keluarganya. Kemudian setelah itu, orang ramai saling berbangga (dengan binatang korban mereka), maka jadilah ia suatu kebanggaan (di mana disembelih bagi setiap orang seekor kambing atau lebih)” (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’).

Itu jika dalam sebuah rumah ada beberapa orang. Adapun jika penghuni rumah seorang sahaja maka sunat ain ke atasnya melakukan korban.[2] Adalah makruh bagi sebuah rumah/keluarga sengaja meninggalkan sunat ibadah korban sedangkan ada di kalangan mereka orang yang mampu melakukannya.[3]

Mengenai niat, dalam setiap ibadah niat adalah wajib kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya segala amalan adalah dengan niat”. Sebaik-baik niat bagi ibadah korban ialah ketika binatang korban itu disembelih. Maksud niat ialah kita menghadirkan di dalam hati bahawa binatang yang sedang disembelih itu ialah ibadah korban kita kerana Allah. Disunatkan kita melafazkan semasa sedang disembelih itu sebagaimana ucapan yang dilafazkan oleh Nabi s.a.w.;

“Dengan nama Allah. Ya Allah, terimalah korban ini dari ______ dan ahli keluarga ___________(sebutkan nama kita diruang kosong)”.

Jika kita tidak dapat hadir semasa binatang korban itu disembelih, harus kita mewakilkan niat kepada orang lain yang akan menyembelihnya. Mengenai nama yang hendak diserahkan, tidak menjadi masalah kita menyerahkan nama kita sendiri kerana pahalanya nanti akan diperolehi juga oleh keluarga kita bergantung niat kita. Namun jika kita hendak melakukan korban bagi pihak orang lain (yakni melakukan korban atas namanya, bukan sekadar meniatkan pahala untuknya), wajib memaklumkan kepadanya terlebih dahulu untuk mendapatkan keizinan darinya. Jika tidak dimaklumkan kepadanya atau tidak mendapat keizinan darinya, tidak terhasil ibadah korban itu untuknya.


DAGING KORBAN DAN AQIQAH

Soalan; ustaz, soalan saya berkenaan Daging Aqiqah dan Daging Korban:-
1)Manakah lebih baik dan lebih afdhal samaada kita sedekahkan daging tersebut secara mentah-mentah atau kita masak terlebih dahulu dan beri makan kepada mereka yang berhak (buat kenduri)
2) Adakah boleh orang bukan islam makan Daging Aqiqah / Daging Korban ( mereka hadir dalam majlis kenduri dan makan makanan tersebut )
Terima Kasih Ustaz

Jawapan;

1. Bagi daging korban, sunat diagihkan dalam keadaan mentah. Jika hendak disedekahkan (atau dihadiahkan) setelah dimasak adalah harus. Cuma bahagian yang wajib disedekah kepada fakir miskin, hendaklah disedekahkan kepada mereka dalam keadaan mentah.[1] Adapun bagi daging aqiqah, sunat dimasak[2] iaitu disedekahkan (atau dihadiahkan) dalam keadaan telah dimasak, bukan dalam keadaan mentah sebagaimana daging korban. Masakan pula disunatkan yang manis sebagai bertafaul (yakni menaruh harapan baik) agar bayi yang dilahirkan itu akan manis/elok akhlaknya. Harus sama ada hendak menghantar daging yang dimasak itu ke rumah fakir miskin atau menjemput mereka memakannya di rumah. Namun menghantar masakan kepada mereka lebih afdhal dari memanggil/menjemput mereka ke rumah.[3]

2. Mengenai memberi daging korban kepada orang kafir, menurut Imam Hasan al-Basri, Abu Hanifah dan Abu Thur; ia adalah harus. Imam Malik pula memakruhkannya, malah memakruhkan memberi kulit binatang korban kepada mereka. Begitu juga dengan Imam al-Laith memakruhkannya. Adapun pandangan mazhab Syafi’ie, menurut Imam Nawawi; harus memberi makan kepada mereka jika korban itu adalah korban sunat, bukan korban wajib (yakni korban nazar)[4].

Wallahu a’lam.

Nota Kaki;

[1] Mensedekahkan daging korban kepada faqir atau miskin dari kalangan muslimin adalah wajib sekalipun sedikit iaitu dengan kadar paling minima yang dapat dinamakan sedekah. Jika orang yang melakukan korban dan ahli keluarganya memakan kesemua daging korbannya (tanpa ada sedikitpun yang disedekahkan kepada fakir miskin), maka ia wajib menggantinya dengan nilai/harga paling minima yang memadai sebagai sedekah, kemudian hendaklah ia membeli dengan harga itu daging untuk disedekahkan sebagai ganti yang dimakannya. Disyaratkan daging yang disedekahkan itu hendaklah dalam keadaan mentah dimana orang faqir dan miskin yang memperolehinya dapat menggunakannya mengikut kehendaknya sama ada menjualnya, memakannya atau sebagainya. Tidak memadai sekiranya disedekahkan dalam keadaan daging yang sudah dimasak atau pemilik korban memasak daging korban dan menjemput orang faqir atau miskin makan dirumahnya. Begitu juga tidak memadai sekiranya disedekahkan bahagian yang bukan daging seperti kulit, perut, limpa dan sebagainya. (Lihat; Al-Muhazzab, jil. 2, hlm. 838. al-Majmu’, jil. 8, hlm. 308-309 dan Al-Iqna’, jil. 2, hlm. 824).
[2] Termasuklah daging aqiqah nazar; sunat dimasak terlebih dahulu, kemudian barulah disedekahkan kepada fakir miskin. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 4, hlm. 370).
[3] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 322.
[4] Rujuk; al-Majmu’, jil. 8, hlm. 316.

Sumber

Read more...

22 November 2009

Sesak dan Padat


Ketibaan hari wukuf di Arafah pada 9 zulhijjah semakin hampir. Kedatangan tetamu Allah semakin ramai. Beginilah keadaan Dataran Kaabah sekarang, amat sesak dan padat dengan jemaah jemaah yang hampir keseluruhannya sudah sampai ke rumah Allah. Suasana di sekitar dataran Kaabah sudah tak boleh di bayangkan dengan kata kata..amat meriah dan bagaikan 'pesta' manusia berlumba lumba beribadah hanya pada yang Esa.

Keadaan semasa solat jumaat ... subhanallah

Read more...

13 November 2009

Mekah adalah pusat dari planet Bumi ?

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : "Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?."

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama 'Zero Magnetism Area', artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka'Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)

Sumber

Read more...

10 November 2009

Kisah Benar

Bismillah....Salam from Makkah...pagi pagi nih aku ingin bercerita sesuatu...suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dahulu di sini..KISAH BENAR.....kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini....Kisah yang anda baca ini bukannyer datang dari majalah MASTIKA atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa'araya....Makkah....Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumo 40++ telah meninggal dunia..mereka telah mengusung jenazah beliau untuk di kebumikan Tanah Perkuburan Al-maq alah yakni lebih kurang 2 kilometer dari MasjidilHaram selepas solat zuhur.

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut alangkah terperanjatnyer mereka bila mendapati se EKOR ular yang berwarna HITAM sebesar peha bersisik tebal telah BERADA didalam liang lahat ( dalam kubur tersebut) Subhanallah.keadaan ular tersebut amat mengerunkan..mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di Tanah Perkuburan Sa'raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ.( 8 kilometer jauhnyer )..pabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut rupa rupanyer ULAR HITAM yang sama jugak telah menunggu jenazah wanita yang ingin di kebumikan di situ.Allah huakbar.... mereka mengambil keputusan untuk memindah kan serta mengangkat ular tersebut dah letak kan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu..( yang peliknyer ULAR HITAM ituh tidak melakukan apa apa bila di sentuh oleh mereka ) , selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu tiba tiba ular HITAM yang di letakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan PANTAS dan MASUK meluru kedalam kubur wanita itu Masyaalah ( seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas - keaadaan sewaktu ular itu masuk kedalam kubur )..dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan dahan pokok yang di patah patahkan dan apabila mereka melihat kedalam kubur wanita tersebut alangkah terperanjatnnyer kerana ULAR HITAM itu sedang MEMBELIT jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu..subhanalah...ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut PENGSAN melihat kejadian itu...selepas di selidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi , rupa rupa nyer sewaktu hayat wanita tersebut SUKA melewat lewat kan SOLAT nyer...
Kepada teman teman blog ku yang disayangi serta my silent reader, marilah kita amik iktibar dan pedoman dari kejadian ini..semoga allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu dari ganguan syaitan dan iblis....insyalah..hanya sekadar bercerita kisah pengalaman ku disini..syukran..wasalam

Sumber

Read more...

04 November 2009

Keistimewaan orang yang berkorban

Keistimewaan orang yang berkorban banyak sekali. Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat

• Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih. Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan. Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah 10 Malaikat yang mendoakan dan meminta ampunkan kesalahannya kepada Allah sampai hari kiamat.

• Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail a.s. Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim."

• Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad s.a.w, sesuai dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w:

• Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban dari kejahatan dunia dan akhirat.

Read more...

IBADAH QURBAN

DALIL PENSYARIATAN

* Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

* Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

* Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

* Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

* Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

* Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

* Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

* Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

Sumber Al-Azim.com

Read more...

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA