CATATAN TERKINI

30 Oktober 2009

AMAL BAIK DIDUNIA SELAMAT DI AKHIRAT

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad Bersabda "Sesungguhnya aku mengalami mimpi menakjubkan pada malam sebelum aku diisraqkan.

"Aku melihat seorang umatku didatangi malaikat maut dengan keadaan menggerunkan untuk mengambil nyawanya, tapi perbuatan malaikat itu terhalang oleh ketaatan dan kepatuhannya kepada ibu bapa."

"Aku melihat seorang umatku disediakan azab kubur menyeksakan, tetapi dia diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna."

"Aku melihat seorang umatku dikerumuni syaitan dan iblis laknatullah, tetapi dia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada Allah."

"Aku melihat umatku diseret dengan rantai diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan di dubur oleh malaikat ahzab, tetapi solatnya yang khusyuk dan tidak menunjuk-nunjuk melepaskannya daripada seksaan itu."

"Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga, tetapi dihalang meminumnya, ketika itu datang pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah memberi minum hingga dia puas."

"Aku melihat umatku cuba mendekati sekumpulan nabi yang duduk, setiap kali dia datang dia diusir, maka menjelmalah mandi junub dengan rukun yang sempurnanya sambil memimpinnya ke kumpulanku, seterusnya duduk disebelahku."

"Aku melihat seorang umatku di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada Allah lalu mengeluarkannya dari kegelapan ke tempat yang terang benderang."

"Aku melihat seorang umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak membalas bicaranya, maka menjelmalah sifat silaturahim dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka supaya menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya."

"Aku melihat seorang umatku menepis-nepis percikkan api kemukanya, maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kepada Allah lalu menghalang muka dan kepalanya daripada bahaya api berkenaan."

Read more...

28 Oktober 2009

Perjalanan hebat tetamu Allah

SERAMAI 26,000 jemaah haji Malaysia akan memulakan ‘pengembaraan’ mereka bersama jutaan umat Islam di seluruh dunia bagi mengerjakan rukun Islam kelima tahun ini.

Sebagai tetamu Allah, ia adalah satu perjalanan yang begitu hebat. Di sana umat Islam tanpa mengira pangkat, kedudukan dan status akan bersama-sama memulakan ‘misi’ penting melakukan satu persatu ibadat tertentu bagi membuktikan mereka hamba yang kerdil kepada pencipta-Nya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”

Keberangkatan ke Tanah Suci sudah pasti memberi keinsafan tersendiri apatah lagi bagi jemaah yang mungkin pengalaman pertama.

Selama 44 hari di tanah suci pelbagai pengorbanan perlu dilalui tetamu Allah termasuk wang ringgit, meninggalkan keluarga, pekerjaan selain memastikan kesihatan di tahap terbaik.

Dengan iringan doa, setiap tetamu 'jemputan' Allah ini berharap mereka dapat menunaikan ibadat wajib berkenaan dengan sempurna dan pulang dengan haji mabrur.

Mengikut sejarah awal, ibadat haji ini dibawa junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w sebagai satu usaha menyambung ajaran Nabi Ibrahim. Mengerjakan haji ini mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Allah s.w.t mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk.”

Pada permulaan ibadat itu, Rasulullah s.a.w bersama kira-kira 1,500 umat Islam berangkat ke Makkah tetapi gagal mengerjakannya kerana dihalang kaum Quraisy sehingga termeterai Perjanjian Hudaibiah yang membuka jalan bagi mengembangkan Islam.

Selepas perjanjian itu, pada tahun berikutnya, tahun ke-7 Hijrah, 2,000 umat Islam mengerjakan umrah bersama-sama Nabi Muhamad s.a.w.

Namun, haji yang sempurna hanya dapat dilakukan pada tahun ke-9 Hijrah apabila Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengepalai 300 umat Islam mengerjakan haji.

Sepanjang hayat Nabi Muhammad s.a.w, baginda menunaikan fardhu haji sekali saja. Haji itu dinamakan ‘Hijjatul Wada’, Hijjatul Balagh dan Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji berkenaan baginda wafat.

Rasulullah berangkat ke Madinah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat seramai lebih 90,000 orang.

Baginda melakukan amalan seperti sunat ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali iaitu 10km dari Madinah.

Rasulullah sampai di Makkah pada 4 Zulhijjah selepas melakukan perjalanan selama 9 hari. Kemudian baginda berangkat ke Mina pada 8 Zulhijjah dan bermalam di situ.

Pada 9 Zulhijjah Rasulullah berwukuf di Arafah yang pada hari itu jatuh pada hari Jumaat dan merayakan Aidiladha di sana.

Rasulullah s.a.w menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Pada hari terakhir pada 14 Zulhijjah, baginda meninggalkan Makkah pulang ke Madinah.

Sumber Metro

Read more...

23 Oktober 2009

Isu Keselamatan

Malam jumaat lepas (15 okt 2009) telah diadakan mesyuarat mengenai keselamatan. Sejak akhir-akhir ini berlaku beberapa kejadian pencerobohan dan kecurian di Kpg Tersusun ini. Empat buah rumah telah dimasuki peceroboh pada waktu malam ketika tuan rumah tiada di rumah kerana balik kampung. Ekoran dari kejadian tersebut, mesyuarat telah memutuskan beberapa tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Antaranya ialah .... saya tidak dibenarkan mendedahkan strategi yang diambil ... takut nanti penceoboh tahu pulak .. he he.

Hanya tinggal tiang ... mana pi pondok helo tu ?

Subuh tadi heboh tentang kejadian pondok telefon depan surau telah hilang. Tak pasti sama ada diambil balik oleh kompeni helo atau diangkut penceroboh.Boleh jadi juga diambil balik oleh kompeni helo kerana dah lama dipasang pondok telefon tu tetapi telefonnya tidak ada. Jika diambil balik oleh kompeni helo sepatunya mereka maklumkanlah dahulu. Apa pun strategi kita dalam mesyuarat dulu perlu diteruskan seperti biasa.

Read more...

19 Oktober 2009

Pesan Lukman Al-Hakim


KATA Lukman Al-Hakim kepada anaknya: "Wahai anakku apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang), maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu.

"Semua anggota badan akan menjadi malas untuk melakukan ibadat dan akan hilanglah kebersihan hati serta kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadap Allah dan memanfaat berzikir (ingat kepada Allah)."

Kata Lukman Al-Hakim lagi: "Wahai anakku, jika sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak
(pada hari tua), kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.

Selanjutanya, katanya: "Wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesusahan daripada hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan membangkitkan nafsu berahi dan ini membuat kamu berasa senang dengan kehidupan dunia.

Kata Lukman Al-Hakim: "Wahai anakku aku telah memikul banyak batu besar, aku juga telah mengangkat besi yang berat, tetapi aku tidak pernah berasa sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

Lukman Al-Hakim berkata lagi: "Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan."

Read more...

18 Oktober 2009

Perkara dilarang ketika solat

# Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.

# Berdiri di atas satu kaki

# Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.

# Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.

# Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".

# Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.

# Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.

Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.

Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.

Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.

# Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.

# Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh."

# Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.

# Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk.

Sumber Metro

Read more...

16 Oktober 2009

Nasihat Jangan

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Read more...

Dengan siapa kamu duduk

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

Read more...

15 Oktober 2009

5 PERKARA ELOK DISEBUT

Di sini saya ingin menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
• Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

• Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
• Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

• Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
• Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Read more...

12 Oktober 2009

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN)

Ini kisah lama yang pernah menjadi isu hangat satu ketika dulu. Kita jangan mudah lupa pada isu ini kerana mereka sentiasa berusaha untuk memurtadkan ummat Islam.Hati-hati ...

Blog Entry Jan 24, '08 4:48 AM
for everyone
TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA
PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!

Al-Kisah...!!!!

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India
Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India
dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah
pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa
tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara
untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .
Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin
Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian
seluruh Indonesia .. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai
pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar
pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00
sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu
Kristian Singapura.. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore .. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.



Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh
dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus
bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali
leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.




Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah
akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.



Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling
Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang
kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan
Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada
Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi
setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar
(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob
(Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah
berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.


Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam
pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.



PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD
ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walausatu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar."


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk
suami,isteri, anak-anak, kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.

ALLAHUAKHBAR. ..ALLAHUAKHBAR. ..
ALLAHUAKHBAR

Read more...

10 Oktober 2009

Rumah Terbuka PUPIS

Selinsing 10 okt 2009, PUPIS atau Pusat Pendidikan Islam Selinsing telah mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri bermula jam 11.00 pagi. Acara bermula dengan majlis tahlil dan doa serta diikuti dengan ucapan-ucapan pimpinan PUPIS.Turut berucap adalah YB Selinsing Tn Hj Hussin B Din.
Saya tiba sekitar jam 11.30 pagi dan ketika itu doa tahlil sedang dibaca. Kehadiran tetamu agak ramai juga waktu itu. Saya sempat bertemu beberapa sahabat dari Darul Taqwa, antaranya Tn Hj zakaria (Pengerusi), En Mohd Aini (Setiusaha), Tn Hj Sharif, Ust Sahibol, En Shukur dan lain-lain.

Makanan yang disediakan antaranya ialah nasi putih, daging masak ... apa namanye saya pun tak tau. tapi sedap juga. Tidak ketinggalan nasi himpit dan lemang beserta rendang. Minuman air oren. Ok la jugak. Sekalung tahniah kepada semua yg menjayakan majlis ini khusus untuk AJK PUPIS. Semoga mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.

YB Hj Hussin B Din bersama Hj Shafie

Hj Zakaria (Pengerusi Darul Taqwa) ... kekenyangan selepas pekena nasi special






Read more...

09 Oktober 2009

Kisah benar Muslimah Malaysia di US

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Sumber

Read more...

Kisah Benar - Satu Gereja memeluk Islam

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Asallammualaikum wbt,

Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampong tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula ia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.

Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun, pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!

Sang pendeta pun mulai bertanya, "


01. Sebutkan satu yang tiada duanya,
02. dua yang tiada tiganya,
03. tiga yang tiada empatnya,
04. empat yang tiada limanya,
05. lima yang tiada enamnya,
06. enam yang tiada tujuhnya,
07. tujuh yang tiada delapannya,
08. delapan yang tiada sembilannya,
09. sembilan yang tiada sepuluhnya,
10. sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. sebelas yang tiada dua belasnya,
12. dua belas yang tiada tiga belasnya,
13. tiga belas yang tiada empat belasnya.
14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca bismalah ia berkata,

1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
7. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
8. Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)
17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).
18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh pendeta. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapan nya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Pendeta pun berkata, "Jawabannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.**

* Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan (pent.)
** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet, www.gesah.net

Read more...

06 Oktober 2009

8 watak anak Adam.



Sesungguhnya Allah telah menciptakan kepada anak keturunan Adam itu 8 watak, dari 8 itu 4 watak bagi penghuni syurga 4 dan 4 watak penghuni neraka.

4 watak ahli syurga :
1. Wajah yang berseri-seri.
2. Ucapan yang fasih dan sopan.
3. Hati yang bertakwa kepada Allah.
4. Tangan yang dermawan.

Dan 4 watak lainnya unuk penghuni neraka :
1. Wajah yang masam.
2. Ucapan yang kotor.
3. Hati yang keras dan ego.
4. Tangan yang kedekut.

Read more...

05 Oktober 2009

Kemusnahan untuk satu keinsafan

Sumber PKG T.Medan

Read more...

Mayat 30 tahun tak reput

KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam selepas menemui mayat lelaki dipercayai berusia kira-kira 30 tahun yang tidak reput ketika urusan pengebumian jenazah seorang wanita di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka di sini, pagi semalam.

Malah, mayat lelaki terbabit didapati lengkap dengan kain kafan yang masih dalam keadaan baik dan tidak terjejas walaupun kerandanya sudah hancur.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bakau, Ismail Hashim, berkata usia mayat itu berdasarkan keranda kayu yang sudah pun reput ketika kubur itu ditemui.

Menurutnya, kubur itu ditemui penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, bersama dua rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, dan Mohd Azlisham Mat Taib, 30, ketika kerja penggalian liang lahad dilakukan, kira-kira jam 11.30 pagi.

“Seluruh tapak kubur ini sudah dua kali ditambun dengan tanah. Kali terakhir dilakukan, hampir 10 tahun lalu. Berdasarkan faktor itu dan melihatkan keranda yang sudah hancur, saya percaya mayat itu berusia kira-kira 30 tahun,” katanya.
Desa berkata, mayat berkenaan ditemui ketika dia bersama dua rakannya menggali liang Zaleha Murad, 53, yang meninggal dunia kerana kencing manis dan jantung, malam kelmarin.

“Oleh itu, pengebumian arwah Zaleha agak lewat sedikit kerana saya dan rakan perlu menguruskan mayat tidak reput itu untuk dikebumikan semula. Daripada pengamatan saya, mayat lelaki itu dikebumikan pada 1970-an,” katanya.

Katanya, sebelum kerja mengorek liang lahad, mereka sudah mendapatkan persetujuan waris arwah Zaleha untuk menanda tempat kosong dan memulakan kerja penggalian di Tanah Perkuburan Tok Paduka, kira-kira 9.30 pagi.

“Kira-kira dua jam penggalian, Mohd Azlisham merasakan sesuatu dan terkejut apabila menemui mayat tidak reput yang masih berkain kafan hingga menyebabkan kerja mengorek yang hampir selesai terpaksa dihentikan.

“Mohd Hafiz membuka tali yang mengikat kain kafan dan mendapati kulit serta isi masih terlekat pada tulang seperti orang yang masih hidup sebelum mengikat semula kain kafan. Paling menakjubkan mayat berkenaan tidak berbau atau dimakan ulat.

“Difahamkan, jenazah sebegini adalah di kalangan mereka yang beriman dan kuat beribadat,” katanya ketika ditemui selepas urusan pengebumian jenazah Zaleha di tanah perkuburan berkenaan.

Desa berkata, urusan pengebumian Zaleha terpaksa ditangguhkan beberapa jam bagi membolehkan pihaknya mengorek liang lahad baru di bawah kubur yang digali itu untuk mengebumikan semula jenazah tidak reput itu.

Desa berasal dari Kampung Bakau berkata, ini kali pertama dia melihat mayat dalam keadaan sempurna berusia puluhan tahun sejak lebih 30 tahun lalu.

“Ia sukar ditemui. Berdasarkan pengalaman, mayat akan dimakan ulat selepas tujuh hari dikebumikan,” katanya yang tidak menolak kemungkinan jenazah terbabit adalah penduduk kampung berhampiran Tok Paduka.

Mohd Hafiz pula berkata, dia melihat jelas wajah mayat lelaki tidak reput itu yang masih dalam keadaan sempurna manakala berkulit sawo matang.

“Secara keseluruhan keadaan fizikal mayat berkenaan masih sempurna ketika saya memberanikan diri membuka ikatan kain kafan untuk melihatnya.

“Kerandanya sudah hancur dan kami menggunakan sekeping papan menutup semula liang lahad yang baru dikorek untuk menyimpan semula mayat berkenaan,” katanya.

Sumber Harian Metro

Read more...

04 Oktober 2009

8 perkara perhiasan bagi 8 perkara

Abu Bakar r.a. telah berkata, maksudnya:
Ada 8 perkara yang merupakan perhiasan bagi 8 perkara iaitu :

1. Tidak meminta-minta adalah perhiasan bagi fakir.
2. Meninggalkan perbuatan ungkit-mengungkit pemberian adalah hiasan amalan baik.
3. Sabar ialah hiasan bala.
4. Merendah diri / tawaduk adalah hiasan mereka yang menuntut ilmu.
5. Lambat marah hiasan ilmu.
6. Banyak menangis hiasan takut.
7. Syukur ialah hiasan nikmat.
8. Khusyuk ialah hiasan solat.

Sekadar hiasan

Read more...

PILIH AKHBAR ANDA

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA