CATATAN TERKINI

30 Disember 2009

BERJIHAD lah Kita ...

Salam;

Maaf jika catatan ini mengganggu anda.
Saya cuma ingin menjalankan tanggungjawab utk menyebarkan apa yang tidak
diketahui ramai..
Selebihnya terpulang pada individu... Kini ada iktiar terbaharu untuk
berhenti merokok dengan segera!!

"Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-

* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia
kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh
Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga
Fatwa Azhar), Dr. Ahmad 'Umar Hashim' (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain
lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Dibawah ini adalah satu artikel yang saya ambi dari Harakah Daily Apr 11, 08 bertajuk
"Fatwa semasa mengenai hukum merokok menjurus kepada haram"

Saya perhatikan di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak.

Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih. - lanh

25 Disember 2009

Hari Asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Read more...

21 Disember 2009

Bidaah bukan hukum

Saya tertarik dengan kuliah Ust Jamnul Azazi minggu lalu yang membuat ulasan mengenai perkara bidaah yang heboh diperkatakan sekarang ini. Beliau telah membuat rujukan bedasarkan kepada kuliah Syeikh Nuruddin al banjari. Lihat, dengar dan hayati video di bawah dan buatlah kesimpulan sendiri.

16 Disember 2009

Salam Maal Hijral 1431



Selamat menyambut tahun baru hijrah 1431. Semakin hari semakin bertambah usia kita. Apakah amalan kita turut bertambah ? Hendaknya begitulah. Semoga tahun baru 1431 ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Saya mendoakan agar tahun baru ini Allah memberikan kita hidayah, rahmat dan petunjukNya. Semoga terhindar dari godaan syaitan. Semoga pintu rezeki kita diperluas. Semoga kita semua terus dalam dakapan kasih sayangNya. Semoga Allah memperkukuhkan lagi iman kita dan menerima taubat kita. Ayuh, lakukan perubahan, tingkatkan ibadat dan dekati Allah. Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita.

Semoga surau kita bertambah meriah dengan pelbagai aktiviti yang mendekatkan kita kepada Allah. Amin.

12 Disember 2009

Kuliah Maghrib Dato' Hj Tuan Ibrahim B. Tuan Man


Pertama sekali saya memohon maaf kepada semua atas kelewatan membuat posting mengenai kuliah maghrib yang disampaikan oleh Dato' Hj Tuan Ibrahim B Tan Man tempoh hari. Ramai yang bertanya ... terutama Paruna jawi . kah...kah...kah... Sorry la Bro. Sabtu tadi banyak kenduri , malam baru sampai rumah, keletihan .... pagi ni (ahad 13Dis) baru ada masa lapang sikit. Kat sebelah kanan tu ada banyak gambar semasa ceramah sedang berjalan.Dalam youtube pun ada sikit. Ringkas cerita dia macam ni ...

Read more...

06 Disember 2009

Walimatul Urus rumah En Moh Isa B Othman

Pada hari sabtu 5 Dis 2009 telah berlangsung majlis walimatul urus anak kepada en Mohd Isa B Othman. Majlis kenduri tersebut telah dilaksanakan secara gotong royong atas perminaan beliau sendiri. Sebelum ini pun ada beberapa kenduri kahwin yang dilaksanakan secara gotong royong dan secara kontrek di taman ini. Bagaimanapun terserahlah kepada kehendak tuan rumah sama ada hendak diadakan secara gotong royong atau secara kontrek.

Read more...

Beza program realiti Malaysia dan Indonesia



Melalui klip video di atas anda semua boleh membuat perbandingan antara program realiti di Malaysia dengan Indonesia. Di negara kita , mungkin yang terbaik program realitinya ialah Akademi Al-Quran. Rasanya elok jika stesyen tv di Malaysia ikut mengadakan rancangan seperti di atas. Perkara yang baik elok diikut dan perkara yang mungkar hendaklah ditegah dan ditinggalkan.

01 Disember 2009

Masya Allah dan Astagfirrullahhalazim

Kebiasaannya masyarakat kita banyak menggunakan perkataan "masyaallah"
dalam situasi yang salah. Didapati ramai dikalangan kita menggunakan lafaz
"MasyaAllah" ketika berhadapan dengan situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contohnya ketika terlihat gambar-gambar censored atau bila anak-anak kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE
ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah,
kita menggunakan istilah "Masya'aAllah" bila kita
melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak2
yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau
wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan
situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan.
Yang patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim"
(Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah"
(Kepada Allah kita kembali).

Yang baik itu datangnya dari Allah, yang salah tu adalah dari diri hamba sendiri..!

Wallahualam....!!!

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA