CATATAN TERKINI

01 Februari 2010

3 darjat manusia dalam pergaulannya

Pada setiap hari isnin malam selasa minggu pertama dan ketiga setiap bulan adalah kuliah maghrib Ustaz Jamnul Azazi B Mulkan di surau Darul Taqwa. Beliau membaca kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali.

Malam ini isnin 1 feb 2010 beliau membaca dan menghuraikan kitab tersebut pada muka surat 74 (edisi jawi). Antara yang tercatat pada muka surat tersebut adalah seperi berikut :

Dan seseorang hamba itu dipandang pada sudut pergaulannya dengan orang lain terbahagi kepada tiga darjat pula.

Pertama, laksana malaikat yang mulia suka berbuat baik kepada orang lain, iaitu seorang yang berusaha menunaikan hajat orang lain dengan cara yang penuh kasih sayang dan lemah lembut dan sentiasa melakukan perkara yang dapat menggembirakan hati mereka.

Kedua, laksana binatang dan benda yang keras iaitu seseorang yang tidak memberi kebaikan kepada orang lain dan tidak pula menolakkan sebarang perkara yang menyakiti mereka.

Ketiga, Laksana kalajengking, ular dan binatang buas iaitu seseorang yang tidak diharapkan kebaikannya dan dijauhi kejahatannya.

Oleh kerana itu, apabila engkau tidak mampu mencapai ketinggian darjat malaikat maka janganlah engkau menjadi lebih rendah daripada darjat binatang dan benda-benda yang keras iaitu turun kepada darjat kala jengking, ular dan binatang buas yang suka menyakitkan orang lain. Jadi jikalau engkau redha bagi dirimu untuk berada dibawah daripada darjat yang paling tinggi daripada segala yang tinggi, maka janganlah engkau redha bagi dirimu dengan darjat yang lebih rendah daripada segala yang rendah . Dan jikalau engkau tidak mampu membuat perkara yang dapat menguntungkan, maka janganlah engkau membuat perkara yang merugikan.

Itu antara yang dibaca oleh beliau. Huraiannya tak dapat nak ditulis disini kerana terlalu panjang. Semoga kita dapat diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengikuti semua kuliah atau majlis ilmu yang dianjurkan pada masa hadapan.

0 ulasan:

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA