CATATAN TERKINI

26 Jun 2010

Kenduri Kahwin Rumah Ust sedek

Gambar sekitar majlis perkahwinan anak Ust sedek

05 Jun 2010

Biasa ke Luar Biasa Ke ?

Lihat betul-betul pada tangkai buah kelapa ini. Biasanya satu tangkai hanya untuk sebiji kelapa. Inilah kekuasaan Allah. Kelapa yang ditanam bersebelahan rumah Saudara Jamaludin Chik memang berbuah lebat dan beliau menyedari keganjilan ini semasa ingin memetik kelapa tersebut.





26 Mei 2010

Kedai Rakyat

Kedai Rakyat yang diberi nama Purnama Barokah oleh pengusahanya iaitu En Fadzil Omar (PT 383) yang telah beroperasi lebih sebulan yang lalu telah mula menampakkan kemajuan dari hari ke sehari. Semua penduduk memberikan sokongan terhadap beliau, sekurang-kurangnya beliau telah berjaya melunaskan fardhu kifiyah dalam bidang kedai runcit ini. Semoga usaha beliau akan terus diberkati Allah selaras dengan nama premis beliau "Purnama Barokah".

Pengunjng bertanya khabar sambil membeli barangan keperluan


Inilah dia Tokei Kedai

Tokei kedai ...Ye Bang ... Boleh saya bantu ?

23 Mei 2010

Ribut

Khamis 20 Mei 2010 - Satu kejadian ribut telah melanda Kampung Tersusun dan kawasan sekitarnya (Selinsing) sekitar jam 5.15 petang. Ribut yg melanda disertai dengan hujan batu (ais batu) sebesar lebih kurang 2cm.Akibatnya beberapa buah rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung (Awning ). Lihat gambar-gambar yang disumbangkan oleh En Badrol (PT390).

Rumah Cikgu Badrol Manan

Rumah Cikgu Hadi

Rumah Cikgu Hadi

Rumah Jiran Cikgu Badrol Manan

Rumah sebelah Tadika Umi

Rumah Shamsudin - Parit 2

Rumah di Parit 2

Rumah di Parit 2

16 Mei 2010

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Emel dari jamaluddinchik@yahoo.com

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

Read more...

04 Mei 2010

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum " yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

24 April 2010

Alhamdulillah ....Semoga Selamat

Ahad 25 Apr 2010 - Alhamdulillah... Saudara Azman Jamaluddin (PT419) telah selamat dari kemalangan. Kemalangan berlaku kira-kira seminggu yang lalu. Motosikal beliau telah merempuh sebuah kereta yang tiba-tiba membelok ke Balai Polis B.serai. Akibatnya motosikal beliau mengalami kerosakan yang teruk di beberapa bahagian, namun ... takdir telah menentukan dimana beliau telah dipelihara Allah. Beliau selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Maka pada pagi ahad ini (selepas solat subuh) beliau telah menjemput para jemaah ke rumah beliau untuk mengadakan kenduri doa selamat dan kesyukuran . Seramai kira-kira 30 orang jemaah memenuhi undangan tersebut. Bacaan doa selamat telah disempurnakan oleh Ustaz Sidiq B Samson. Semoga Allah memelihara kita semua di dunia dan akhirat .

Ust Sidiq B Samson menyempurnakan bacaan doa selamat

Mana air basuh tangan ni ....

Kulaan .... Berselera nampak ...

En Hanip yang sentiasa murah dengan senyuman

Tokei kedai pun ada .... cepat sikit ... aku dah nak pi bukak kedai ni ...

Inilah kueh Kalakatar .. bukannya Avatar

Tengok apa tu ?

Ini jemaah baru iaitu ayah Ust Sidiq (Baju dan serban putih)yg baru berpindah kira-kira sebulan yg lalu

16 April 2010

NAIK SALAH, TURUN PUN SALAH

Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang kaldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor kaldai. Kedua-dua mereka menaiki kaldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orangramai. Ada di antara mereka berkata "Ini kes aniaya. Kaldai tu dah le kecil. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Tak ada peri kemanusiaan langsung".

Si-bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas kaldai. Si-bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orangramai. Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik kaldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki."

Si-anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang kaldai. Si-anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan "Bapa tak ada otak, dia sedap naik kaldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan."

Mendengar komen itu, si-bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Kaldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen "Apalah bodohnya orang tua ni. Ada kaldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa kaldai!"

Mendengar kata-kata ini, si-bapa pun memberitahu anaknya. "Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka.."

MORAL & IKTIBAR

* Kebanyakan orang memang suka mencari kesalahan orang
* Pendapat dan komen mereka tidak boleh diikut melulu kecuali memang ada asas dan kebenaran.
* Pertimbangan mesti berdasarkan keadaan dan senario yang kita hadapi.
* Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan

Sumber - Kisah-kisah Teladan

10 April 2010

Kesyukuran ....

Ahad 11 Apr 2010 - Selepas solat subuh pada setiap hari ahad akan diadakan bacaan maathurat dan kuliah subuh yg disampaikan oleh Ust Hj Ramli Shaari yg membaca kitab 99 nama Allah. Biasanya selepas kuliah subuh akan diadakan jamuan sarapan pagi di Balai Lintang surau, namun hari ini semua jemaah dijemput ke rumah En Fadzil B Omar (PT 383). Beliau berhajat mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat kerana akan memulakan perniagaan kedai runcit seperti yg disiarkan dlm blog ini tempoh hari.

Dalam ucapannya sebelum majlis bermula , beliau berharap agar usahanya dipermudahkan dan diberkati oleh Allah dan kepada para jemaah yang berhajat untuk menumpang meletakkan barangan perniagaan dipremis beliau, bolehlah berbuat demikian demi untuk sama-sama memajukan ekonomi ummat Islam. Majlis bacaan doa selamat telah disempurnakan oleh Ust Sidiq B Samson.


Semua gambar adalah ihsan dari Paruna Jawi. Terima kasih atas sumbangan beliau. Hari ini baru ada gambar bolgger sebab Paruna Jawi yg take the photo ... Dia hanya menggnakan HP Sony Ericsson je.

23 Mac 2010

Akan Beroperasi ...

Sebuah kedai runcit dan sebuah pusat 'Car Wash' akan beroperasi tidak berapa lama lagi di Kampung Tersusun Jalan Gula ini. Tunggu ketibaannya yang semakin menjelang. Selepas ini para penduduk tidak perlu pergi jauh untuk membeli keperluan barangan runcit. Kalau kereta kotor pula tidak perlu bersusah payah mencuci sendiri atau hantar ke pusat mencuci kereta di luar sana kerana disini akan dibuka sebuah pusat mencuci kereta oleh saudara kita. Sama-samalah kita menyokong dan membantu pembangunan ekonomi umat Islam.

Kedai runcit .... sedang dalam pembinan

'Car wash' ... sedang dalam pembinaan. Ada kerja kosong ?

22 Mac 2010

EMPAT JENIS MANUSIA DALAM DUNIA

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini
ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang
Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan
angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.
Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta
dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba
menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,
Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu
terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".

Read more...

'Makan daging saudara seagama'

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Read more...

08 Mac 2010

17 buku dilarang penerbitan

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenakan Perintah Larangan terhadap 17 buah penerbitan pelbagai bahasa kerana mengandungi penulisan yang tidak bermoral dan tidak sesuai untuk bacaan umum.
Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Razak Abdul Latif berkata sekiranya penerbitan itu dibiarkan, ia boleh memudaratkan moral masyarakat.

"Daripada keseluruhan jumlah penerbitan yang dilarang, 13 adalah penerbitan bahasa Melayu, tiga bahasa Tamil dan satu penerbitan berbahasa Cina," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Penerbitan berbahasa Melayu termasuk 'SENSASI #3', 'SENSASI-majalah lelaki millennium', 'Antara Dosa dan Kasih', 'Dendam Nafsu Jalinan Nafsu Edisi 2', 'Jendela Hati Kompilasi Empat Cerita Terbaik', 'Kama Asmara Edisi 2', 'Gelora Nafsu #7', 'Gelora Nafsu #6'.

'Gelora Nafsu 3 Kompilasi lima cerita terbaik', 'Tips-Tips Bahagia Bersama Pasangan', 'Gelora Nafsu 2 Kompilasi enam cerita terbaik', 'Sensasi Edisi ke-2'
dan 'Kamasutra Jawa dan Kuantum Cinta'. - Bernama

02 Mac 2010

Usaha yang berkat

Di belakang surau ada sekangkang kera tanah kosong yang terbiar dan tidak diusahakan sejak beberapa lama. Atas inisiatif beberapa jemaah dengan kerjasama Jabatan Pertanian, tanah tersebut telah diusahakan dengan tanaman cili. Setelah beberapa bulan diusahakan kini telah membuahkan hasil.

En Hanif menerangkan sesuatu kepada seorang pelawat mengenai Cili yang hampir masak

Inilah contoh cili yang sedang dipetik

Sebanyak lebih kurang 100 karung plastik telah ditanam dengan pokok cili besar. Jabatan Pertanian telah memberikan bantuan khidmat nasihat, biji benih dan peralatan saliran untuk menyiram dan membaja. Teknologi penyiraman dan membaja yang canggih amat memudahkan para pengusaha. hasilnya ... anda boleh lihat sendiri.

En Hanif sedang melakukan proses menyiram dan membaja

Pokok yang subur dan bermutu

Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini khasnya kepada En Hanif selaku pengurus projek. Semoga usaha anda semua diberkati Allah.

Merenung kebesaran Allah dan kemurahannya


28 Februari 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431/2010

Seperti yang dirancang dan Allah yang menentukan. Alhamdulillah ... Majlis sambutan Maulidur Rasul berjalan lancar. Bermula jam 3.00 petang satu gotong royong memasak untuk jamuan makan malam bertempat di surau Darul Taqwa. Menunya mudah dan simple je ... Bihun sup.

Antara yang terawal datang bergotong royong . 2.30 dah sampai ....mantap

Kulaan niring ancapi kurihing

Pengerusi dan anak buahnya.... macam ni cara kupas yg bujur
Rasmi pisau baru dan pakar mengukir tembikai

Selepas solat maghrib semua jemaah dan tetamu menjamu selera stail layan diri. Semua berpuas hati rasanya kerana tak ada dengar suara yang komplen. Ok lah tu ... Selepas solat isyak majlis ceramah bermula. Penceramah yang diundang tiba tepat pada masanya. Tn Hj Shariff selaku pengerusi majlis mengingatkan kepada semua tetamu agar mengikhlaskan niat dalam menuntut ilmu, kerana niat yang ikhlas akan mendatangkan kesan daripada ilmu yang diperolehi.

Ada apa2 lagi yang boleh saya bantu ...?

Taruh kuah lebih sikit bang ....

Chef cook ....

Menjamu selera selepas penat memasak

Masing-masing ada cerita utk diluahkan

Penceramah undangan iaitu Ustaz RajaAsfan B Raja Umar banyak menyentuh tentang isu semasa dan dikaitkan dengan sirah Rasulullah saw dan peribadi baginda. Memang tak jemu mendengar ceramah beliau hinggakan tak sedar jam sudah pukul 11.00 malam. Beliaupun menamatkan ceramahnya dan berjanji akan datang lagi jika mendapat jemputan. lain kali beliau akan datang bersama Laptop dan LCD projektornya sekali.

Tn Hj Shariff ... Pengerusi majlis

Penceramah undangan .... Ust Raja Asfan dari kamunting

Sebahagian dari tetamu ... Abangla pun ada ramai mlm ni

Jemaah yang setia dengan majlis ilmu

PILIH AKHBAR ANDA

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA