CATATAN TERKINI

02 September 2009

Menilai erti sebenar Kemerdekaan Menurut Islam

Cuti sekolah tadi saya mengemas rumah bersama isteri dan anak. Habis barang-barang lama dan kertas yang dirasakan tak berguna dilonggokkan untuk dibuang. Sambil tu tengok-tengok juga apa-apa yang patut disimpan. Tiba-tiba saya terjumpa satu risalah mengenai merdeka yang dah beberapa tahun tersimpan dalam almari yang sedang dikemas. Rasanya risalah ni berguna , jadi saya taip dan jadikan sebagai posting untuk blog ini . Tajuknya ...

RENUNGAN MERDEKA : MENILAI ERTI SEBENAR KEMERDEKAAN MENURUT ISLAM

  • Merdeka bukanlah sekadar bebas dari cengkaman penjajah semata …!
  • Merdeka bukanlah sekadar kejayaan mengecapi kemewahan hidup semata …!
  • Merdeka pula bukanlah bergembira bersorak melaungkan merdeka saban tahun hinggalah sampai tahun-tahun berikutnya …!

Saudara ku ! Adakah kita sebenarnya sudah merdeka ?

  • Seorang Muslim dilahirkan penuh bebas untuk bersuara, bebas menikmati hidup, bebas membuat pilihan, bebas bermuamalah … tetapi kebebasan seorang Muslim itu terbatas oleh Hukum Allah .
  • Merdeka sebenar seorang Muslim hanyalah tatkala Muslim itu langsung tidak takutkan apa jua hukuman manusia, tetapi hanya takutkan hukuman dan balasan Allah sahaja.
  • Muslim merdeka adalah Muslim yang berjaya membebaskan diri dari penghambaan diri kepada manusia. Rasulullah saw berjihad membebaskan masyarakat Arab Makkah dari menghambakan diri kepada sesama manusia kepada menghambakan diri kepada Allah.

Apa itu merdeka sebenar menurut Islam ?
Merdeka bagi seorang Muslim bukanlah sekadar bebas di dunia, tetapi merdeka sebenarnya hanyalah apabila telah berjaya melepasi titian "Siratul mustaqim" untuk memasuki syurga ilahi.

Tiada ertinya sambutan merdeka puluhan tahun jika …
Kita terus leka …
  • Menggalakkan pergaulan bebas lelaki perempuan tanpa batasan dosa pahala, halal haram ?
  • Memartabat dan mengagungkan artis sebagai idola dan contoh hidup kita ?
  • Membiarkan jenayah dan penindasan di negara kita meningkat dengan tinggi sekali ?
  • Membiarkan perzinaan dan pelacuran berleluasa saban hari ?
  • Merelakan kaum bangsa dan dan saudara kita paling ramai bermain dengan dadah dan merengkok di dalam penjara seluruh Malaysia ?
  • Membiarkan saudara kita bermain dengan botol-botol arak dan judi ?
  • Membiarkan begitu ramai saudara kita murtad meninggalkan agama tercinta ?
  • Membiarkan masyarakat dan kerajaan kita dibelenggu gejala rasuah yang begitu serius sebagai yang paling tinggi di dunia ?

Kita hanya mampu …
  • Mmembiarkan diri dari menegur orang yang menghina islam, hatta mereka adalah kaum dan bangsa atau kerajaan kita sekalipun ?
  • Bersorak Merdeka ! bergembira semata tanpa kesedaran, tetapi pejuang dan ulamak dahulu bermatian menghunus pedang menghalau penjajah dengan mengorbankan darah mereka ?
  • Melihat tanpa perasaan tatkala saudara kita di Palestine , Thailand, Iraq, Afghnistan dan lain-lain tempat disembelih dan dibunuh sesuka hati oleh musuh ?

Kita langsung tidak peduli apabila …
  • Syariat Allah dalam Al Quran dan hadis dinafikan perlaksanaannya dalam perendangan ?
  • Undang-undang penjajah terus diagungkan dan dilaksanakan ?
  • Kita langsung tidak peduli dan tidak sedar untuk menunaikan amanah kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi yang akan dipanggil malaikat maut bila-bil masa sahaja untuk bertemu Allah di alam barzakh kelak …

Wahai saudaraku yang dikasihi …
  • Marilah kita merenung asal usul kejadian kita di sisi Allah …
  • Marilah kita bermuhasabah atas segala amanah yang kita tanggung sebagai manusia Muslim sekarang ini …
  • Marilah kita bersama berdoa agar allah memerdekakan jiwa kita sepenuhnya dari tipu daya kehidupan dunia ini …
  • Ya Allah… Pimpinlah kami untuk mencapai kemerdekaan sejati disisi-Mu yang abadi …!


0 ulasan:

PILIH AKHBAR ANDA

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA