CATATAN TERKINI

29 September 2009

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Saya baru terima emel mengenai tajuk di atas.Sebelum ini pun saya pernah terbaca atikel ini. Elok rasanya kita kongsi bersama.
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Read more...

27 September 2009

Pengertian Hidup

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

Read more...

APA YANG KITA KETAHUI TENTANG MASJID AQSA

26 September 2009

Kisah Harta yang Berkat

Cerita ni saya dapat dari portal surau An-Nur Bandar Puteri Kelang untuk renungan kita bersama. Sama-sama kita ikuti kisah yang menarik ini.

Read more...

25 September 2009

Rahsia Telefon Bimbit

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak
boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda
lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua
telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan
tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan,
cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di
kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus
didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

Read more...

23 September 2009

Pelik Tapi Benar ...

Pelik ya,
Duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi
betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Pelik ya,
Betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Read more...

Puasa Sunat 6 hari dalam bulan syawal

Ramadhan telah berlalu . Ada yang gembira dengan pemergiannya dan ada yang menangisi pemergiannya. Sekarang kita berada dalam bulan syawal dan rasanya kita masih merayakan Aidil Fitri, maklumlah ... orang Malaysia merayakan Aidil Fitri sebulan sebab puasapun sebulan. Bagaimanapun dalam bulan syawal ini ada satu lagi peluang untuk kita berpuasa. Rasanya semua dah tahu mengenai puasa tersebut. Walaubagaimanapun sering timbul persoalan mengenai pelaksanaannya. Disini saya saya sertakan beberapa panduan sebagai rujukan apabila kita berhadapan dengan masaalah ini. Benda ni saya ambil dari beberapa blog untuk rujukan kita.

Adakah terdapat atur cara tertentu untuk melaksanakan puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal?

Jawapan:

Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal amat dianjurkan berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti puasa sepanjang tahun” [Shahih Muslim, hadis no: 1164] Adapun atur caranya, maka:

  1. Ia paling awal dimulai pada 2 Syawal. Tidak boleh berpuasa pada 1 Syawal kerana ia adalah hari Aidil Fitri.
  2. Boleh berpuasa terus 6 hari berturut-turut. Boleh juga secara berpisah-pisah, asalkan jumlah 6 hari digenapkan sebelum berakhirnya bulan Syawal.
  3. Lebih afdhal mengqadha puasa Ramadhan jika ada yang ditinggalkan. Hutang yang wajib perlu dibayar lebih dahulu dari sedekah yang sunat.
  4. Ada pandangan yang membolehkan puasa dua dalam satu, iaitu puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Pandangan ini amat masyhur di negara kita. Akan tetapi ia adalah pandangan yang tidak memiliki dalil. Sumber rujukan bagi ibadah puasa ialah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, bukan shampu rambut 2 dalam 1. Sumber
Soalan; Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, Qada Ramadhan dan juga puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadhan dahulu diikuti dengan puasa enam, contohnya "Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadhan and puasa sunat enam kerana Allah Taala"?

Jawapan;

Ya. Harus diniatkan sekali. Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya. Apabila berlaku pertembungan antara puasa Qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;
a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diikuti dengan puasa enam.
b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.
c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata; jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, otomatik akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.

Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan seterusnya (c). Sumber

Soalan : Adakah benar jika seseorang itu tidak berpuasa enam selepas berpuasa ramadhan maka itu menunjukkan bahawa puasa ramadhannya tidak diterima ALLAH ?

Jawapan ;

Bismillahirrahmanirrahim

Puasa 6 hari di bulan Syawal adalah sunat berdasarkan hadis sohih dari Nabi Muhammad SAW.

“ Satu amalan sunat jika dilakukan adalah diberikan pahala dan jika ditinggalkan tidaklah berdosa.”

Oleh demikian, tidak benarlah apa yang saudara sebutkan itu memandangkan puasa 6 hari bulan Syawal hanya sunat sahaja dan tidak menjejaskan puasa Ramadhan yang dilakukan sekiranya puasa 6 hari itu tidak dikerjakan.

Apa yang boleh menjejaskan puasa Ramadhan ialah perkara-perkara yang kita lakukan semasa di bulan Ramadhan, di antaranya melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa atau tidak menajaga puasa dari sudut akhlak dan penghayatan. Sumber

Read more...

17 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Perdana

Rabu 16 sept 2007, Gotong royong memasak untuk majlis berbuka puasa perdana telah berlangsung di surau Darul Taqwa bermula pada jam 2.30 petang. Sebelum ini satu kutipan derma untuk majlis terebut telah dibuat di mana setiap keluarga dikehendaki menyumbangkan sebanyak RM10.00. Walaubagaimanapun sumbangan yang diperolehi adalah diluar jangkaan dimana ramai yang menyumbangkan lebih daripada RM10.00. Itulah keberkatan ramadhan, masing-masing ingin mendapatkan balasan pahala yang berganda di akhirat nanti sempena ramadhan ini.

Read more...

10 September 2009

Mengejar Lailatul Qadar

Kini kita telah melangkah masuk ke fasa terakhir daripada ramadhan iaitu 10 hari terakhir ramadhan. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya.Pahala beribadah pada tersebut digandakan pahalanya seperti beibadah selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra.

Read more...

06 September 2009

Tadarus al-Quran pada bulan Ramadan

Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36 dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.”
Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan al-Quran, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakrawala dan berbagai-bagai macam lagi yang perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Apa yang penting, Ramadan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi, mengkaji) isi-isi kandungan al-Quran termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf al-Quran dengan memperdalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan seribu kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka membaca, mengkaji serta beramal dengan al-Quran, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi graduan Ramadan cemerlang pada kali ini, Amin.

05 September 2009

Awas semua muslimin dan muslimah!

Nak tahu ... baca seterusnya

03 September 2009

Al-Quran dan Ramadhan

Adalah ditekankan bagi seorang muslim yang mengharap rahmat Allah dan takut akan siksa-Nya untuk memperbanyak membaca Al-Qur'anul Karim pada bulan Ramadhan dan bulan-bulan lainnya untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala, mengharap ridha-Nya, memperoleh keutamaan dan pahala-Nya. Karena Al-Qur'anul Karim adalah sebaik-baik kitab, yang diturunkan kepada Rasul termulia, untuk umat terbaik yang pernah dilahirkan kepada umat manusia dengan syari'at yang paling utama, paling mudah, paling luhur dan paling sempurna.

Read more...

02 September 2009

Pesan dan Nasihat

Manfaatkan dan pergunakan masa hidup anda, kesehatan dan masa muda anda dengan amal kebaikan sebelum maut datang menjemput. Bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dalam setiap waktu dari segala dosa dan perbuatan terlarang. Jagalah fardhu-fardhu Allah dan perintah-perintah-Nya serta jauhilah apa-apa yang diharamkan dan dilarang-Nya, baik pada bulan Ramadhan maupun pada bulan lainnya.

Read more...

Menilai erti sebenar Kemerdekaan Menurut Islam

Cuti sekolah tadi saya mengemas rumah bersama isteri dan anak. Habis barang-barang lama dan kertas yang dirasakan tak berguna dilonggokkan untuk dibuang. Sambil tu tengok-tengok juga apa-apa yang patut disimpan. Tiba-tiba saya terjumpa satu risalah mengenai merdeka yang dah beberapa tahun tersimpan dalam almari yang sedang dikemas. Rasanya risalah ni berguna , jadi saya taip dan jadikan sebagai posting untuk blog ini . Tajuknya ...

  • Merdeka bukanlah sekadar bebas dari cengkaman penjajah semata …!
  • Merdeka bukanlah sekadar kejayaan mengecapi kemewahan hidup semata …!
  • Merdeka pula bukanlah bergembira bersorak melaungkan merdeka saban tahun hinggalah sampai tahun-tahun berikutnya …!

Saudara ku ! Adakah kita sebenarnya sudah merdeka ?

  • Seorang Muslim dilahirkan penuh bebas untuk bersuara, bebas menikmati hidup, bebas membuat pilihan, bebas bermuamalah … tetapi kebebasan seorang Muslim itu terbatas oleh Hukum Allah .
  • Merdeka sebenar seorang Muslim hanyalah tatkala Muslim itu langsung tidak takutkan apa jua hukuman manusia, tetapi hanya takutkan hukuman dan balasan Allah sahaja.
  • Muslim merdeka adalah Muslim yang berjaya membebaskan diri dari penghambaan diri kepada manusia. Rasulullah saw berjihad membebaskan masyarakat Arab Makkah dari menghambakan diri kepada sesama manusia kepada menghambakan diri kepada Allah.

Apa itu merdeka sebenar menurut Islam ?
Merdeka bagi seorang Muslim bukanlah sekadar bebas di dunia, tetapi merdeka sebenarnya hanyalah apabila telah berjaya melepasi titian "Siratul mustaqim" untuk memasuki syurga ilahi.

Tiada ertinya sambutan merdeka puluhan tahun jika …
Kita terus leka …
  • Menggalakkan pergaulan bebas lelaki perempuan tanpa batasan dosa pahala, halal haram ?
  • Memartabat dan mengagungkan artis sebagai idola dan contoh hidup kita ?
  • Membiarkan jenayah dan penindasan di negara kita meningkat dengan tinggi sekali ?
  • Membiarkan perzinaan dan pelacuran berleluasa saban hari ?
  • Merelakan kaum bangsa dan dan saudara kita paling ramai bermain dengan dadah dan merengkok di dalam penjara seluruh Malaysia ?
  • Membiarkan saudara kita bermain dengan botol-botol arak dan judi ?
  • Membiarkan begitu ramai saudara kita murtad meninggalkan agama tercinta ?
  • Membiarkan masyarakat dan kerajaan kita dibelenggu gejala rasuah yang begitu serius sebagai yang paling tinggi di dunia ?

Kita hanya mampu …
  • Mmembiarkan diri dari menegur orang yang menghina islam, hatta mereka adalah kaum dan bangsa atau kerajaan kita sekalipun ?
  • Bersorak Merdeka ! bergembira semata tanpa kesedaran, tetapi pejuang dan ulamak dahulu bermatian menghunus pedang menghalau penjajah dengan mengorbankan darah mereka ?
  • Melihat tanpa perasaan tatkala saudara kita di Palestine , Thailand, Iraq, Afghnistan dan lain-lain tempat disembelih dan dibunuh sesuka hati oleh musuh ?

Kita langsung tidak peduli apabila …
  • Syariat Allah dalam Al Quran dan hadis dinafikan perlaksanaannya dalam perendangan ?
  • Undang-undang penjajah terus diagungkan dan dilaksanakan ?
  • Kita langsung tidak peduli dan tidak sedar untuk menunaikan amanah kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi yang akan dipanggil malaikat maut bila-bil masa sahaja untuk bertemu Allah di alam barzakh kelak …

Wahai saudaraku yang dikasihi …
  • Marilah kita merenung asal usul kejadian kita di sisi Allah …
  • Marilah kita bermuhasabah atas segala amanah yang kita tanggung sebagai manusia Muslim sekarang ini …
  • Marilah kita bersama berdoa agar allah memerdekakan jiwa kita sepenuhnya dari tipu daya kehidupan dunia ini …
  • Ya Allah… Pimpinlah kami untuk mencapai kemerdekaan sejati disisi-Mu yang abadi …!


Read more...

PILIH AKHBAR ANDA

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA