CATATAN TERKINI

26 Mei 2010

Kedai Rakyat

Kedai Rakyat yang diberi nama Purnama Barokah oleh pengusahanya iaitu En Fadzil Omar (PT 383) yang telah beroperasi lebih sebulan yang lalu telah mula menampakkan kemajuan dari hari ke sehari. Semua penduduk memberikan sokongan terhadap beliau, sekurang-kurangnya beliau telah berjaya melunaskan fardhu kifiyah dalam bidang kedai runcit ini. Semoga usaha beliau akan terus diberkati Allah selaras dengan nama premis beliau "Purnama Barokah".

Pengunjng bertanya khabar sambil membeli barangan keperluan


Inilah dia Tokei Kedai

Tokei kedai ...Ye Bang ... Boleh saya bantu ?

23 Mei 2010

Ribut

Khamis 20 Mei 2010 - Satu kejadian ribut telah melanda Kampung Tersusun dan kawasan sekitarnya (Selinsing) sekitar jam 5.15 petang. Ribut yg melanda disertai dengan hujan batu (ais batu) sebesar lebih kurang 2cm.Akibatnya beberapa buah rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung (Awning ). Lihat gambar-gambar yang disumbangkan oleh En Badrol (PT390).

Rumah Cikgu Badrol Manan

Rumah Cikgu Hadi

Rumah Cikgu Hadi

Rumah Jiran Cikgu Badrol Manan

Rumah sebelah Tadika Umi

Rumah Shamsudin - Parit 2

Rumah di Parit 2

Rumah di Parit 2

16 Mei 2010

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Emel dari jamaluddinchik@yahoo.com

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

Read more...

04 Mei 2010

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum " yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA