CATATAN TERKINI

23 Mac 2010

Akan Beroperasi ...

Sebuah kedai runcit dan sebuah pusat 'Car Wash' akan beroperasi tidak berapa lama lagi di Kampung Tersusun Jalan Gula ini. Tunggu ketibaannya yang semakin menjelang. Selepas ini para penduduk tidak perlu pergi jauh untuk membeli keperluan barangan runcit. Kalau kereta kotor pula tidak perlu bersusah payah mencuci sendiri atau hantar ke pusat mencuci kereta di luar sana kerana disini akan dibuka sebuah pusat mencuci kereta oleh saudara kita. Sama-samalah kita menyokong dan membantu pembangunan ekonomi umat Islam.

Kedai runcit .... sedang dalam pembinan

'Car wash' ... sedang dalam pembinaan. Ada kerja kosong ?

22 Mac 2010

EMPAT JENIS MANUSIA DALAM DUNIA

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini
ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang
Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan
angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.
Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta
dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba
menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,
Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu
terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".

Read more...

'Makan daging saudara seagama'

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Read more...

08 Mac 2010

17 buku dilarang penerbitan

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenakan Perintah Larangan terhadap 17 buah penerbitan pelbagai bahasa kerana mengandungi penulisan yang tidak bermoral dan tidak sesuai untuk bacaan umum.
Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Razak Abdul Latif berkata sekiranya penerbitan itu dibiarkan, ia boleh memudaratkan moral masyarakat.

"Daripada keseluruhan jumlah penerbitan yang dilarang, 13 adalah penerbitan bahasa Melayu, tiga bahasa Tamil dan satu penerbitan berbahasa Cina," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Penerbitan berbahasa Melayu termasuk 'SENSASI #3', 'SENSASI-majalah lelaki millennium', 'Antara Dosa dan Kasih', 'Dendam Nafsu Jalinan Nafsu Edisi 2', 'Jendela Hati Kompilasi Empat Cerita Terbaik', 'Kama Asmara Edisi 2', 'Gelora Nafsu #7', 'Gelora Nafsu #6'.

'Gelora Nafsu 3 Kompilasi lima cerita terbaik', 'Tips-Tips Bahagia Bersama Pasangan', 'Gelora Nafsu 2 Kompilasi enam cerita terbaik', 'Sensasi Edisi ke-2'
dan 'Kamasutra Jawa dan Kuantum Cinta'. - Bernama

02 Mac 2010

Usaha yang berkat

Di belakang surau ada sekangkang kera tanah kosong yang terbiar dan tidak diusahakan sejak beberapa lama. Atas inisiatif beberapa jemaah dengan kerjasama Jabatan Pertanian, tanah tersebut telah diusahakan dengan tanaman cili. Setelah beberapa bulan diusahakan kini telah membuahkan hasil.

En Hanif menerangkan sesuatu kepada seorang pelawat mengenai Cili yang hampir masak

Inilah contoh cili yang sedang dipetik

Sebanyak lebih kurang 100 karung plastik telah ditanam dengan pokok cili besar. Jabatan Pertanian telah memberikan bantuan khidmat nasihat, biji benih dan peralatan saliran untuk menyiram dan membaja. Teknologi penyiraman dan membaja yang canggih amat memudahkan para pengusaha. hasilnya ... anda boleh lihat sendiri.

En Hanif sedang melakukan proses menyiram dan membaja

Pokok yang subur dan bermutu

Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini khasnya kepada En Hanif selaku pengurus projek. Semoga usaha anda semua diberkati Allah.

Merenung kebesaran Allah dan kemurahannya


PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA