CATATAN TERKINI

26 Jun 2009

CERAMAH ISRAK MIKRAJ 1430H / 2009M

Rabu 24 Jun 2009 bersaman 1 Rejab 1430H , satu majlis sambutan Israk Mikraj telah diadakan di Surau Darul Taqwa. Majlis bermula pada jam 3.00 petang dengan aktiviti gotong royong memasak untuk jamuan makan malam. Selepas solat maghrib bermulalah acara jamuan secara layan diri. Jamuan yang disediakan amat menyelerakan walaupun masakannya hanya sederhana sahaja. Selepas solat Isya' bermulalah acara ceramah Israk Mikraj.

Ustaz Hj Ramli B Shaari sedang mempengerusikan majlis

Ustaz Tajuddin B Mat Jali sedang menyampaikan ceramah Israk Mikraj

Sebahagian daipada jemah yang sedang mendengar ceramah

Read more...

25 Jun 2009

ISLAM KEMBALI DAGANG

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing".

H.R. Muslim

Keterangan
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

TAMAT

40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama.
Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

20 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA

Apabila menatap akhbar, sedarlah penulis, Ahad, 21 Jun ini adalah Hari Bapa. Penulis pun membaca beberapa kisah anak dan bapa. Ada sebuah rencana, disertakan gambar seorang bapa dipeluk dua anak gadisnya sekali gus. Kedua-duanya tidak bertudung, berpakaian santai.

Ada rencana pula memberitahu apa hadiah yang boleh diberi kepada si bapa, umpamanya meraikannya dengan majlis makan tengah hari dan menghadiahkannya gajet seperti telefon bimbit, komputer riba dan kamera. Malah ada pihak kreatif mengkomersialkan Hari Bapa menawarkan sandwic dan pelbagai juadah lain di restoran mereka.

Read more...

Israk Mikraj

Kronologi peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW sentiasa menjadi bacaan wajib orang Islam yang memperingatinya setiap tahun. Tiada rasa jemu membaca kisah perjalanan agung yang hakikatnya umpama hadiah istimewa bagi Baginda SAW daripada Allah. Tujuan membawa Rasulullah SAW menikmati tanda kebesaran Allah pada malam itu ialah supaya Baginda SAW mendapat kekuatan baru untuk menghadapi keperitan dalam mengharungi medan dakwah yang kejam.

Read more...

17 Jun 2009

kelebihan Ilmu berbanding harta

Saidina Ali r.a. telah menjelaskan 10 kelebihan Ilmu berbanding harta;

1. Ilmu warisan para Anbiya' manakala harta warisan Qarun.
2. Ilmu menjaga kita tetapi harta kita pula yang jaga.
3. Berkawan kerana Ilmu akan berkekalan tetapi berkawan kerana harta tidak kekal lama.
4. Orang berilmu dimuliakan orang tetapi orang berharta mudah pula dicemuh.
5. Ilmu tidak hilang dicuri tetapi harta akan hilang.
6. Ilmu tidak pernah habis tetapi harta mudah terhakis.
7. Ilmu menerangi hati tetapi harta boleh menggelapkan jiwa.
8. Ilmu tiada batasnya tetapi harta terhad nilainya.
9. Ilmu sentiasa bertambah tetapi harta sentiasa berkurangan.
10.Ilmu membawa ketaatan (pada Allah) tetapi harta membawa keingkaran.

Marilah kita semua menghadiri majlis ilmu kerana ianya mempunyai banyak kelebihan.

07 Jun 2009

SAF SOLAT YANG SELAMA INI KITA ABAIKAN

Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1 Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

Kedudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi.



Read more...

PEMBINAAN SURAU DAARUL TAQWA

Sebelum ini para penduduk Kampung Tersusun Jalan Gula menggunakan beberapa buah rumah penduduk yang belum berpindah dengan kebenaran tuan rumah untuk mendirikan solat berjamaah. Pihak pemaju hanya menyediakan tapak untuk didirikan surau. Atas inisiatif dan kesedaran, maka timbullah cadangan untuk mendirikan surau. Keputusan telah dibuat dimana semua perbelanjaan dan kerja pembinaan adalah atas dasar wakaf para penduduk dan individu luar yang ingin berwakaf.



Read more...

04 Jun 2009

BADAN KHAIRAT KEMATIAN

Mesyuarat AJK Surau pada 9 November 2006 telah bersetuju menubuhkan ‘Badan Khairat Kematian Surau Darul Taqwa’ bertujuan memudahkan pengurusan jenazah seperti pengurusan tanah perkuburan, memandi, mengapan, kereta jenazah dan sebagainya. Semua urusan tersebut akan dikendalikan oleh Badan Khairat Kematian.

Pihak Jawatankuasa amat mengalukan tuan/puan menjadi ahli badan ini demi kepentingan pihak keluarga tuan/puan seandainya berlaku kematian di kalangan keluarga tuan/puan.



AHLI JAWATANKUASA BADAN KHAIRAT KEMATIAN

SURAU DARUL TAQWA, KG TERSUSUN JALAN GULA
34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGOL, PERAK.

Pengerusi :
Ust Mohamad Khairuddin B. Ramli (PT527)
Naib Pengerusi :
Ust Mohamad Sukri B. Abd Latif (PT376)
Setiausaha :
Cikgu Hj Syarif B. Abdul Aziz (PT409)
Pen. Setiausaha :
Ust Sahibul Azhar B. Mohamad (PT348)
Bendahari :
Cikgu Mohd Rafiee B. Mohd Makri (PT385)

AJK Kecil Pengurusan:

Tanah Perkuburan :
1. Hj Khalimi B. Sahibul Bahar (PT532)
2. En Hamjah (Asri) B. Ibrahim Kuaters JPS
Keranda / Kain Kapan :
1. Hj Fauzi B. Pandak Harun (PT434)
2. Cikgu Abdul Hadi B. Hj Ghazali (PT399)
Kereta Jenazah :
1. En Jamaluddin B. Chik (PT412)
2. Cikgu Mohd Noor B. Umar (PT547)
Mandi Jenazah :
1. En Mohd Said B. Ahmad Jalan Gula
2. Ust Hamdan B. Hj Don (PT451)
3. Ust Ramli B. Shaari (PT539)
4. Pn Faridah Bt. Mat Saman (PT459)
Solat Jenazah :
1. Hj Zakaria B. Othman (PT377)
2. Hj Asmuni B. Ahmad Jalan Gula
3. Ust Sedek B. Shamson (PT459)
Pengurusan Jamuan utk keluarga si mati dan Tahlil malam pertama :
1. En Hanif B. Alang Ibrahim (PT331)
2. En Zulkifli B. Abu Bakar (PT417)
3. Pn Che Rom (PT335)

PERATURAN-PERATURAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN SURAU DARUL TAQWA
Kampung Tersusun Jalan Gula, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak.

Fasal 1 : PENAUNG :
Badan Khairat Kematian ini dinaungi oleh SURAU DARUL TAQWA
Kg Tersusun Jalan Gula

Fasal 2 : NAMA :
Badan ini dinamakan BADAN KHAIRAT KEMATIAN SURAU DARUL TAQWA Kg Tersusun Jalan Gula

Fasal 3 : JAWATANKUASA :
Jawatankuasa Khairat ini terdiri daripada AJK Badan Khairat Kematian Surau Darul Taqwa Kg Tersusun Jalan Gula yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Badan Khairat kematian ini.

Fasal 4 : SYARAT KEAHLIAN :
1. Ahli adalah terdiri daripada orang Islam yang bermastautin di Qariah Kampung Tersusun Jalan Gula.
2. Seseorang ahli baru hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh Badan Khairat Kematian ini dan dimestikan membayar bayaran Pendaftaran sebanyak RM50.00 atau RM10.00 X 5 bulan dengan tidak mengira berapa ramai ahli yang berada di bawah tanggungannya.
3. Setiap kali berlaku kematian maka setiap ahli diwajibkan membayar (Top-up) sebanyak RM20.00 untuk menampung tabung yang telah dibelajakan.
4. Seseorang ahli hanya boleh mewakili satu keluarga di bawah tangungannya, isteri/suami, anak-anak yang masih bujang, ibu bapa serta ibu / bapa mertua serta keluarga terdekat yang tinggal bersama sahaja.
5. Ahli yang gagal menjelaskan bayaran pendaftaran dalam tempoh lima (5) bulan dari tarikh mendaftar, akan digantung keahliannya setelah diberi surat peringatan sebanyak 2 kali. (Ahli berkenaan tidak berhak mendapat sebarang bantuan kewangan) jika berlaku kematian.
6. Ahli yang gagal mematuhi perkara 3 akan digantung keahliannya setelah diberi surat peringatan sebanyak 2 kali (Ahli berkenaan tidak berhak mendapat sebarang bantuan kewangan) jika berlaku kematian.
7. Badan Khairat Kematian akan menguruskan segala perkara yang berkaitan pengurusan jenazah bermula dari meninggal dunia hinggalah Kenduri Tahlil malam pertama.
8. Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat perkara 3 dipatuhi dan alamat baru hendaklah diberitahu untuk mudah dihubungi.
9. Jika sekiranya tetamu dari luar mukim Kg Tersusun Jalan Gula datang ke rumah ahli dan meninggal serta mayatnya dikebumikan di tanah perkuburan Qariah Jalan Gula maka badan Khairat Kematian akan mengeluarkan separuh daripada peruntukan bantuan ahli.
10. Sekiranya ahli yang berhasrat untuk menarik diri daripada menjadi ahli seterusnya ,maka dia tidak boleh menuntut semula segala yang telah dibayar.
Sekiranya timbul apa-apa masalah berhubung dengan tafsiran atau peraturan badan ini, keputusan AJK Khairat Kematian adalah muktamad.

Fasal 5 : ANGGARAN PERBELANJAAN KASAR :
1. Pengurusan Kubur
- Gali Kubur : RM100.00
- Tanah Kubur : RM012.00
Jumlah : RM112.00

2. Kain Kapan : RM100.00

3. Papan/Keranda : RM150.00

4. Kereta Jenazah : RM040.00

5. Mandi Jenazah dan Peralatannya : RM100.00

6. Solat Jenazah ( RM5.00 X 40 orang ) : RM200.00

7. Kenduri Tahlil malam pertama : RM100.00

JUMLAH : RM802.00

( Jumlah perbelanjaan adalah bergantung pada harga barangan dan upah semasa )

Read more...

JAWATANKUASA PENDUDUK / SURAU

JAWATANKUASA PENDUDUK MERANGKAP JAWATANKUASA SURAU DARUL TAQWA .
KAMPUNG TERSUSUN JALAN GULA,
34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGOL,
PERAK.

Read more...

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA