CATATAN TERKINI

11 Januari 2010

Bertambah Meriah

Sejak akhir-akhir ini Kampung Tersusun ini menjadi pilihan utama kepada para penyewa untuk tinggal di sini. Semakin hari semakin ramai dan suasana semakin meriah dengan kehadiran para penghuni baru yang kebanyakannya adalah penyewa. Majoriti yang datang menyewa adalah dari kalangan para pendidik atau cikgu. Menjelang tahun baru 2010, ramai yang bertukar tempat kerja dan ditempatkan di sekitar Selinsing, Semanggol atau Bagan Serai terutama para pendidik dan tentunya perumahan Kampung Tersusun menjadi pilihan utama untuk menyewa.

Perumahan di sini menjadi pilihan utama kerana beberapa perkara:
1. Rumah yang selesa (sebuah-sebuah) 3 bilik tidur 2 bilik air.
2. Sewa yang berpatutan (sekitar RM300 atau RM350) mengikut keluasan dan kemudahan yang disediakan seperti parking berbumbung, grill untuk semua tingkap dan pintu dll.
3. Kemudahan pusat asuhan kanak-kanak . Ramai suri rumah yang tidak bekerja mengambil upah mengasuh anak-anak kecil. Orang luar pun ramai yang hantar anak mengasuh di sini.
4. Kemudahan Tadika. Sekarang sudah ada dua buah tadika iaitu tadika ABIM As-Siddiq dan tadika Ummi Ceria (cawangan). Tadika Ummi ceria juga mengadakan kelas mengaji al-Quran untuk kanak-kanak pada sebelah malam.
5. Surau yang besar dan lengkap dengan kemudahan aircon serta selesa untuk beribadah dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan. surau ini dinamakan Darul taqwa.
6. Ada gelanggang serbaguna untuk bermain Futsal dll.
7. Akhir sekali rasanya ialah keramahan penduduk yang mudah memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira masa.

Kepada semua penghuni, tanpa mengira siapa anda sama ada penyewa atau pembeli, marilah sama-sama kita mengimarahkan surau kita. Datanglah ke surau untuk berjemaah, disamping itu bolehlah kita berkenalan dan mengeratkan lagi silaturrahim. Rasanya dah ramai penghuni di kampung ni, tetapi setakat ini yang berjemaah masih muka-muka lama.

Ada satu lagi kemudahan iaitu Badan Khairat Kematian. Semua penghuni adalah digalakkan menjadi ahli badan Khairat Kematian. Semua boleh menjadi ahli sama ada penghuni tetap atau penyewa. Banyak kemudahannya.

Akhir sekali jangan lupa tanggungjawab anda sebagai penghuni... anda semua diwajibkan membayar wang sampah RM10 sebulan, dana surau RM5 sebulan dan dana kampung RM... saya pun dah lupa. Bayaran boleh dibuat kepada bendahari iaitu En Hanif.

0 ulasan:

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA