Puasa Sunat 6 hari dalam bulan syawal
Ramadhan telah berlalu . Ada yang gembira dengan pemergiannya dan ada yang menangisi pemergiannya. Sekarang kita berada dalam bulan syawal dan rasanya kita masih merayakan Aidil Fitri, maklumlah ... orang Malaysia merayakan Aidil Fitri sebulan sebab puasapun sebulan. Bagaimanapun dalam bulan syawal ini ada satu lagi peluang untuk kita berpuasa. Rasanya semua dah tahu mengenai puasa tersebut. Walaubagaimanapun sering timbul persoalan mengenai pelaksanaannya. Disini saya saya sertakan beberapa panduan sebagai rujukan apabila kita berhadapan dengan masaalah ini. Benda ni saya ambil dari beberapa blog untuk rujukan kita. Jawapan: Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal amat dianjurkan berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti puasa sepanjang tahun” [Shahih Muslim, hadis no: 1164] Adapun atur caranya, maka:
Soalan; Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, Qada Ramadhan dan juga puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadhan dahulu diikuti dengan puasa enam, contohnya "Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadhan and puasa sunat enam kerana Allah Taala"?
Jawapan;
Ya. Harus diniatkan sekali. Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya. Apabila berlaku pertembungan antara puasa Qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;
a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diikuti dengan puasa enam.
b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.
c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata; jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, otomatik akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.
Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan seterusnya (c). Sumber
Soalan : Adakah benar jika seseorang itu tidak berpuasa enam selepas berpuasa ramadhan maka itu menunjukkan bahawa puasa ramadhannya tidak diterima ALLAH ?
Jawapan ;
Bismillahirrahmanirrahim
Puasa 6 hari di bulan Syawal adalah sunat berdasarkan hadis sohih dari Nabi Muhammad SAW.
“ Satu amalan sunat jika dilakukan adalah diberikan pahala dan jika ditinggalkan tidaklah berdosa.”
Oleh demikian, tidak benarlah apa yang saudara sebutkan itu memandangkan puasa 6 hari bulan Syawal hanya sunat sahaja dan tidak menjejaskan puasa Ramadhan yang dilakukan sekiranya puasa 6 hari itu tidak dikerjakan.
Apa yang boleh menjejaskan puasa Ramadhan ialah perkara-perkara yang kita lakukan semasa di bulan Ramadhan, di antaranya melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa atau tidak menajaga puasa dari sudut akhlak dan penghayatan. Sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan