CATATAN TERKINI

28 Februari 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431/2010

Seperti yang dirancang dan Allah yang menentukan. Alhamdulillah ... Majlis sambutan Maulidur Rasul berjalan lancar. Bermula jam 3.00 petang satu gotong royong memasak untuk jamuan makan malam bertempat di surau Darul Taqwa. Menunya mudah dan simple je ... Bihun sup.

Antara yang terawal datang bergotong royong . 2.30 dah sampai ....mantap

Kulaan niring ancapi kurihing

Pengerusi dan anak buahnya.... macam ni cara kupas yg bujur
Rasmi pisau baru dan pakar mengukir tembikai

Selepas solat maghrib semua jemaah dan tetamu menjamu selera stail layan diri. Semua berpuas hati rasanya kerana tak ada dengar suara yang komplen. Ok lah tu ... Selepas solat isyak majlis ceramah bermula. Penceramah yang diundang tiba tepat pada masanya. Tn Hj Shariff selaku pengerusi majlis mengingatkan kepada semua tetamu agar mengikhlaskan niat dalam menuntut ilmu, kerana niat yang ikhlas akan mendatangkan kesan daripada ilmu yang diperolehi.

Ada apa2 lagi yang boleh saya bantu ...?

Taruh kuah lebih sikit bang ....

Chef cook ....

Menjamu selera selepas penat memasak

Masing-masing ada cerita utk diluahkan

Penceramah undangan iaitu Ustaz RajaAsfan B Raja Umar banyak menyentuh tentang isu semasa dan dikaitkan dengan sirah Rasulullah saw dan peribadi baginda. Memang tak jemu mendengar ceramah beliau hinggakan tak sedar jam sudah pukul 11.00 malam. Beliaupun menamatkan ceramahnya dan berjanji akan datang lagi jika mendapat jemputan. lain kali beliau akan datang bersama Laptop dan LCD projektornya sekali.

Tn Hj Shariff ... Pengerusi majlis

Penceramah undangan .... Ust Raja Asfan dari kamunting

Sebahagian dari tetamu ... Abangla pun ada ramai mlm ni

Jemaah yang setia dengan majlis ilmu

Read more...

25 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul

MEMANTAP UKHUWAH, MEMPERKASA UMMAH ...

Hari ini jumaat 12 rabiul Awal 431H adalah hari ulang tahun kelahiran Rasulullah saw. Sewajarnya kita mengadakan acara sambutan untuk peristiwa besar ini. Biasanya kita buat ceramah, baca maulid berzanji, tahlil dan kenduri memberi jamuan makan kepada para tetamu. Elok sangat kita buat benda tu semua daripada tak buat apa-apa dan cuma pandai mengkritik sahaja. Betul tak ...?

Tahun ini insya Allah pada 28 Feb hari ahad kita ada sambutan maulidur rasul. Satu ceramah selepas solat isya' bakal disampaikan oleh Ustaz Raja Asfan B Raja Umar dari Maahad Al-Khair Lil banat, Kamunting. Datang lah beramai-ramai. Rugi kalau kita tak datang majlis ilmu ni .... pahala dapat ilmu bertambah.

Wassalam.

Read more...

22 Februari 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Satu ceramah sempena Maulidur Rasul akan diadakan di surau Darul Taqwa seperti berikut :

Penceramah : Ustaz raja Asfan B Raja Umar
(Tenaga pengajar SABK Maahad Al Khair Lil Banat,
Kamunting)

Tarikh : 28 Feb 2010
Hari : Ahad (selepas solat isya')

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Read more...

06 Februari 2010

House For Sale


Saya ada melihat iklan dalam mudah.com yang mengiklankan tentang 2 buah rumah untuk dijual di Kampung Tersusun Jalan Gula ini. Harga dan keterangan lain boleh dilihat dalam link di bawah. saya tak ada apa2 kepentingan dalam perkara ini. Saja nak tolong iklankan. Kalau dibiarkan rumah kosong tanpa penghuni pun boleh timbul pelbagai masaalah. Jadi eloklah jika rumah yang kosong itu dimanfaatkan dengan sebaiknya.

RUMAH 1
RUMAH 2 (seperti gambar di atas)

Read more...

02 Februari 2010

Borang Keahlian

Semakin hari semakin bertambah ramai penduduk di Kampung Tersusun ini. Beberapa orang penduduk sering bertanya mengenai Badan Khairat Kematian kepada saya. Mereka juga ingin menjadi ahli Badan Khairat Kematian ini dan meminta borang keahlian serta syarat-syaratnya.

Tahniah diucapkan kepada yang berminat. Untuk itu disini saya sediakan kemudahan untuk muat turun borang keahlian dan peraturan keahlian. Lihat di sebelah kanan dan ada satu ruang untuk muat turun. Diharap tuan puan dapat menggunakan kemudahan ini.

Read more...

01 Februari 2010

3 darjat manusia dalam pergaulannya

Pada setiap hari isnin malam selasa minggu pertama dan ketiga setiap bulan adalah kuliah maghrib Ustaz Jamnul Azazi B Mulkan di surau Darul Taqwa. Beliau membaca kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali.

Malam ini isnin 1 feb 2010 beliau membaca dan menghuraikan kitab tersebut pada muka surat 74 (edisi jawi). Antara yang tercatat pada muka surat tersebut adalah seperi berikut :

Dan seseorang hamba itu dipandang pada sudut pergaulannya dengan orang lain terbahagi kepada tiga darjat pula.

Pertama, laksana malaikat yang mulia suka berbuat baik kepada orang lain, iaitu seorang yang berusaha menunaikan hajat orang lain dengan cara yang penuh kasih sayang dan lemah lembut dan sentiasa melakukan perkara yang dapat menggembirakan hati mereka.

Kedua, laksana binatang dan benda yang keras iaitu seseorang yang tidak memberi kebaikan kepada orang lain dan tidak pula menolakkan sebarang perkara yang menyakiti mereka.

Ketiga, Laksana kalajengking, ular dan binatang buas iaitu seseorang yang tidak diharapkan kebaikannya dan dijauhi kejahatannya.

Oleh kerana itu, apabila engkau tidak mampu mencapai ketinggian darjat malaikat maka janganlah engkau menjadi lebih rendah daripada darjat binatang dan benda-benda yang keras iaitu turun kepada darjat kala jengking, ular dan binatang buas yang suka menyakitkan orang lain. Jadi jikalau engkau redha bagi dirimu untuk berada dibawah daripada darjat yang paling tinggi daripada segala yang tinggi, maka janganlah engkau redha bagi dirimu dengan darjat yang lebih rendah daripada segala yang rendah . Dan jikalau engkau tidak mampu membuat perkara yang dapat menguntungkan, maka janganlah engkau membuat perkara yang merugikan.

Itu antara yang dibaca oleh beliau. Huraiannya tak dapat nak ditulis disini kerana terlalu panjang. Semoga kita dapat diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengikuti semua kuliah atau majlis ilmu yang dianjurkan pada masa hadapan.

Read more...

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA