CATATAN TERKINI

30 Disember 2009

BERJIHAD lah Kita ...

Salam;

Maaf jika catatan ini mengganggu anda.
Saya cuma ingin menjalankan tanggungjawab utk menyebarkan apa yang tidak
diketahui ramai..
Selebihnya terpulang pada individu... Kini ada iktiar terbaharu untuk
berhenti merokok dengan segera!!

"Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-

* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia
kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh
Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga
Fatwa Azhar), Dr. Ahmad 'Umar Hashim' (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain
lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Dibawah ini adalah satu artikel yang saya ambi dari Harakah Daily Apr 11, 08 bertajuk
"Fatwa semasa mengenai hukum merokok menjurus kepada haram"

Saya perhatikan di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak.

Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih. - lanh

Read more...

25 Disember 2009

Hari Asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.


Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan 'Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
* Nabi Adam a.s. dicipta.
* Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
* Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
* Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
* Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
* Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
* Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
* Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
* Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
* Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
* Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
* Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
* Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
2. Memuliakan fakir miskin
3. Menahan marah
4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
6. Bersedekah
7. Memelihara kehormatan diri
8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak
10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa
13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

Read more...

21 Disember 2009

Bidaah bukan hukum

Saya tertarik dengan kuliah Ust Jamnul Azazi minggu lalu yang membuat ulasan mengenai perkara bidaah yang heboh diperkatakan sekarang ini. Beliau telah membuat rujukan bedasarkan kepada kuliah Syeikh Nuruddin al banjari. Lihat, dengar dan hayati video di bawah dan buatlah kesimpulan sendiri.

Read more...

16 Disember 2009

Salam Maal Hijral 1431



Selamat menyambut tahun baru hijrah 1431. Semakin hari semakin bertambah usia kita. Apakah amalan kita turut bertambah ? Hendaknya begitulah. Semoga tahun baru 1431 ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Saya mendoakan agar tahun baru ini Allah memberikan kita hidayah, rahmat dan petunjukNya. Semoga terhindar dari godaan syaitan. Semoga pintu rezeki kita diperluas. Semoga kita semua terus dalam dakapan kasih sayangNya. Semoga Allah memperkukuhkan lagi iman kita dan menerima taubat kita. Ayuh, lakukan perubahan, tingkatkan ibadat dan dekati Allah. Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita.

Semoga surau kita bertambah meriah dengan pelbagai aktiviti yang mendekatkan kita kepada Allah. Amin.

Read more...

12 Disember 2009

Kuliah Maghrib Dato' Hj Tuan Ibrahim B. Tuan Man


Pertama sekali saya memohon maaf kepada semua atas kelewatan membuat posting mengenai kuliah maghrib yang disampaikan oleh Dato' Hj Tuan Ibrahim B Tan Man tempoh hari. Ramai yang bertanya ... terutama Paruna jawi . kah...kah...kah... Sorry la Bro. Sabtu tadi banyak kenduri , malam baru sampai rumah, keletihan .... pagi ni (ahad 13Dis) baru ada masa lapang sikit. Kat sebelah kanan tu ada banyak gambar semasa ceramah sedang berjalan.Dalam youtube pun ada sikit. Ringkas cerita dia macam ni ...


11 Dis 2009 - Jumaat malam sabtu telah berlangsung satu kuliah maghib yang telah disampaikan oleh Dato' Hj Tuan Ibrahim B Tan Man. Sebenarnya beliau dan rombongan ada progam di PASTI Jabal Nur, Gunng Semanggol jam 9 malam. Kebetulan waktu antara maghrib dan isyak beliau tiada apa-apa program, jadi AJK telah bersetuju menjemput beliau dengan tajaan beberapa individu. Sebenarnya rancangan ini telah lama dibincangkan semenjak banner iklan dalam blog ini tersiar. Rasanya sebulan lebih diiklankan dalam blog ini.


Kehadiran malam tersebut amat membanggakan sehingga penuh setiap sudut dalam surau . ADUN Selinsing iaitu YB Tn Hj Husin Din turut hadir mengiringi penceramah. Solah isyak sampai melimpah keluar bahagian balai lintang jamuan. Banyak perkara yang disampaikan. Jika ada sesiapa yang ingin mendapatkan rakaman kuliah tersebut boleh lah mendapatannya dari Cikgu Hj Shafie yang membuat rakaman pada malam tersebut.


Selesai solat isyak beliau dan rombongan serta beberapa AJK menikmati jamuan makan malam di rumah Tn Hj Zakaria Othman (Pengerusi surau/taman). Selepas jamuan beliau dan rombongan meneruskan perjalanan untuk program seterusnya di Pasti Jabal Nur, Gunung Semanggol.

Dalam hati saya terdetik rasa kagum terhadap kesungguhan dan istiqamah para pejuang Islam berdakwah tanpa mengenal letih dan jemu. Kita bagaimana ... ? Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan walaupun terdapat beberapa suara sumbang yang tidak bersetuju . Semoaga kita semua mendapat hidayah dan taufik dari Allah dan meneruskan program yang bermanfaat untuk kebaikan kita semua.


Yang jadi masaalahnya ... mereka tak sudi datang mendengar kuliah tersebut. Kononnya ini kuliah politik yang boleh memecah belahkan masyarakat. Datang dengar dulu baru buat kesimpulan sama ada kuliah politik atau bukan. Seperti kata penceramah , kita bercakap tentang politik Islam bukannya tentang parti politik. Ha... itulah , lain kali dengar dulu baru faham.

Akhir sekali saya mohon maaf jika tulisan ini menyinggung perasaan pembaca sekalian. Sebarang komen amat dialu-alukan.

Read more...

06 Disember 2009

Walimatul Urus rumah En Moh Isa B Othman

Pada hari sabtu 5 Dis 2009 telah berlangsung majlis walimatul urus anak kepada en Mohd Isa B Othman. Majlis kenduri tersebut telah dilaksanakan secara gotong royong atas perminaan beliau sendiri. Sebelum ini pun ada beberapa kenduri kahwin yang dilaksanakan secara gotong royong dan secara kontrek di taman ini. Bagaimanapun terserahlah kepada kehendak tuan rumah sama ada hendak diadakan secara gotong royong atau secara kontrek.

Aktiviti gotong royong telah bermula pada 4 Dis 2009 iaitu pada hari jumaat. Pada sebelah pagi, para penduduk telah menyembelih seekor lembu dan melapah serta memotong daging sehingga selesai untuk dimasak. Pada sebelah petangnya pula iaitu selepas solat jumaat, sekali lagi bergotong royong memasak sup tulang untuk jamuan makan malam. Disamping itu dilakukan juga kerja-kerja memotong bawang dan lain-lain bahan untuk masakan esok hari.



Pada sebelah malam iaitu selepas solat isyak berlangsung majlis berzanji, marhaban dan tahlil jamuan makan malam dengan menu sup tulang.



Pada pagi sabtu, bermulalah gotong royong memasak yang diketuai oleh Hj Asmuni dan abangnya. Para penduduk membantu apa yang patut. Alhamdulillah, majlis dapat berjalan lancar dengan izin Allah. Tahniah diucapkan kepada semua yang membantu dalam menjayakan majlis tersebut. Semoga keikhlasan anda mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah.



Read more...

Beza program realiti Malaysia dan Indonesia



Melalui klip video di atas anda semua boleh membuat perbandingan antara program realiti di Malaysia dengan Indonesia. Di negara kita , mungkin yang terbaik program realitinya ialah Akademi Al-Quran. Rasanya elok jika stesyen tv di Malaysia ikut mengadakan rancangan seperti di atas. Perkara yang baik elok diikut dan perkara yang mungkar hendaklah ditegah dan ditinggalkan.

Read more...

01 Disember 2009

Masya Allah dan Astagfirrullahhalazim

Kebiasaannya masyarakat kita banyak menggunakan perkataan "masyaallah"
dalam situasi yang salah. Didapati ramai dikalangan kita menggunakan lafaz
"MasyaAllah" ketika berhadapan dengan situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contohnya ketika terlihat gambar-gambar censored atau bila anak-anak kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE
ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah,
kita menggunakan istilah "Masya'aAllah" bila kita
melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak2
yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau
wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan
situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan.
Yang patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim"
(Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah"
(Kepada Allah kita kembali).

Yang baik itu datangnya dari Allah, yang salah tu adalah dari diri hamba sendiri..!

Wallahualam....!!!

Read more...

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA