CATATAN TERKINI

29 September 2009

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Saya baru terima emel mengenai tajuk di atas.Sebelum ini pun saya pernah terbaca atikel ini. Elok rasanya kita kongsi bersama.
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN ..hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Read more...

27 September 2009

Pengertian Hidup

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.

Sumber

Read more...

APA YANG KITA KETAHUI TENTANG MASJID AQSA

Read more...

26 September 2009

Kisah Harta yang Berkat

Cerita ni saya dapat dari portal surau An-Nur Bandar Puteri Kelang untuk renungan kita bersama. Sama-sama kita ikuti kisah yang menarik ini.

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkannya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Read more...

25 September 2009

Rahsia Telefon Bimbit

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak
boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda
lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua
telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan
tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan,
cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di
kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus
didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan

kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan
pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula
kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi
kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja .
Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia
ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit
anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang
terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat
' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan
mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci
lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer
dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda
menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaansebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah
kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan
kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan
jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati
sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam
kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri
simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon
bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan
memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50
peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas
telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda
dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan
menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail
*#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di
skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan
nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit
anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan
berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya..

Selamat mencuba ...

Read more...

23 September 2009

Pelik Tapi Benar ...

Pelik ya,
Duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi
betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Pelik ya,
Betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tapi
tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya,
Dengar iklan jualan murah di tv rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah,
Tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya,
pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, tapi
masjid dekat rumah rasa berat pula kaki.

Pelik ya,
susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi
betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

Pelik ya,
betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bolasepak jadi kegemaran kita, tapi
betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya,
Rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman, tapi
majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya,
ramai orang berebut paling depan bila menonton bola atau konsert, tapi
berebut cari saf paling belakang bila solat jemaah supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya,
susahnya orang mengajak menyebar dakwah, tapi
mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.

Pelik ya,
kita begitu percaya pada yang dikatakan di emel di internet, tapi
kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

Pelik ya,
kita boleh mengirimkan ribuan jenaka termasuk gambar-gambar lucah dan surat berantai dalam emel, tapi
bila mengirim yang mampunyai kebaikan,
diabaikan...

Sumber

Read more...

Puasa Sunat 6 hari dalam bulan syawal

Ramadhan telah berlalu . Ada yang gembira dengan pemergiannya dan ada yang menangisi pemergiannya. Sekarang kita berada dalam bulan syawal dan rasanya kita masih merayakan Aidil Fitri, maklumlah ... orang Malaysia merayakan Aidil Fitri sebulan sebab puasapun sebulan. Bagaimanapun dalam bulan syawal ini ada satu lagi peluang untuk kita berpuasa. Rasanya semua dah tahu mengenai puasa tersebut. Walaubagaimanapun sering timbul persoalan mengenai pelaksanaannya. Disini saya saya sertakan beberapa panduan sebagai rujukan apabila kita berhadapan dengan masaalah ini. Benda ni saya ambil dari beberapa blog untuk rujukan kita.

Adakah terdapat atur cara tertentu untuk melaksanakan puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal?

Jawapan:

Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal amat dianjurkan berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti puasa sepanjang tahun” [Shahih Muslim, hadis no: 1164] Adapun atur caranya, maka:

  1. Ia paling awal dimulai pada 2 Syawal. Tidak boleh berpuasa pada 1 Syawal kerana ia adalah hari Aidil Fitri.
  2. Boleh berpuasa terus 6 hari berturut-turut. Boleh juga secara berpisah-pisah, asalkan jumlah 6 hari digenapkan sebelum berakhirnya bulan Syawal.
  3. Lebih afdhal mengqadha puasa Ramadhan jika ada yang ditinggalkan. Hutang yang wajib perlu dibayar lebih dahulu dari sedekah yang sunat.
  4. Ada pandangan yang membolehkan puasa dua dalam satu, iaitu puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Pandangan ini amat masyhur di negara kita. Akan tetapi ia adalah pandangan yang tidak memiliki dalil. Sumber rujukan bagi ibadah puasa ialah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, bukan shampu rambut 2 dalam 1. Sumber
Soalan; Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, Qada Ramadhan dan juga puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadhan dahulu diikuti dengan puasa enam, contohnya "Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadhan and puasa sunat enam kerana Allah Taala"?

Jawapan;

Ya. Harus diniatkan sekali. Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya. Apabila berlaku pertembungan antara puasa Qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;
a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diikuti dengan puasa enam.
b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.
c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata; jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, otomatik akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.

Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan seterusnya (c). Sumber

Soalan : Adakah benar jika seseorang itu tidak berpuasa enam selepas berpuasa ramadhan maka itu menunjukkan bahawa puasa ramadhannya tidak diterima ALLAH ?

Jawapan ;

Bismillahirrahmanirrahim

Puasa 6 hari di bulan Syawal adalah sunat berdasarkan hadis sohih dari Nabi Muhammad SAW.

“ Satu amalan sunat jika dilakukan adalah diberikan pahala dan jika ditinggalkan tidaklah berdosa.”

Oleh demikian, tidak benarlah apa yang saudara sebutkan itu memandangkan puasa 6 hari bulan Syawal hanya sunat sahaja dan tidak menjejaskan puasa Ramadhan yang dilakukan sekiranya puasa 6 hari itu tidak dikerjakan.

Apa yang boleh menjejaskan puasa Ramadhan ialah perkara-perkara yang kita lakukan semasa di bulan Ramadhan, di antaranya melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa atau tidak menajaga puasa dari sudut akhlak dan penghayatan. Sumber

Read more...

17 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Perdana

Rabu 16 sept 2007, Gotong royong memasak untuk majlis berbuka puasa perdana telah berlangsung di surau Darul Taqwa bermula pada jam 2.30 petang. Sebelum ini satu kutipan derma untuk majlis terebut telah dibuat di mana setiap keluarga dikehendaki menyumbangkan sebanyak RM10.00. Walaubagaimanapun sumbangan yang diperolehi adalah diluar jangkaan dimana ramai yang menyumbangkan lebih daripada RM10.00. Itulah keberkatan ramadhan, masing-masing ingin mendapatkan balasan pahala yang berganda di akhirat nanti sempena ramadhan ini.

Selepas selesai memasak, para jemaah sibuk membungkus makanan untuk diedarkan kepada semua rumah termasuk yang tidak menyumbangkan derma. Semua dapat merasa juadah yang disediakan termasuk beberapa buah rumah di jalan gula ini. Menu yang disediakan hanyalah nasi putih, ayam masaak kurma dan jelatah.

Masuk waktu maghrib para jemaah berbuka puasa dengan kurma/tamar dan air dahulu, dan menunaikan solat maghrib berjamaah. Selepas itu barulah jamuan makan berat dibuat. Selepas solat tarawih, telah berlangsung majlis khatam al-Alquran. Pesertanya ramai dari kalangan kanak-kanak. Majlis tamat sekitar jam 11.00 malam. Semoga mendapat keberkatan dari Allah swt.



Read more...

10 September 2009

Mengejar Lailatul Qadar

Kini kita telah melangkah masuk ke fasa terakhir daripada ramadhan iaitu 10 hari terakhir ramadhan. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya.Pahala beribadah pada tersebut digandakan pahalanya seperti beibadah selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.

“Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka” (Hadis)

Read more...

06 September 2009

Tadarus al-Quran pada bulan Ramadan

Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36 dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.”
Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan al-Quran, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakrawala dan berbagai-bagai macam lagi yang perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Apa yang penting, Ramadan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi, mengkaji) isi-isi kandungan al-Quran termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf al-Quran dengan memperdalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan seribu kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka membaca, mengkaji serta beramal dengan al-Quran, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi graduan Ramadan cemerlang pada kali ini, Amin.

Read more...

05 September 2009

Awas semua muslimin dan muslimah!

Nak tahu ... baca seterusnya

Read more...

03 September 2009

Al-Quran dan Ramadhan

Adalah ditekankan bagi seorang muslim yang mengharap rahmat Allah dan takut akan siksa-Nya untuk memperbanyak membaca Al-Qur'anul Karim pada bulan Ramadhan dan bulan-bulan lainnya untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala, mengharap ridha-Nya, memperoleh keutamaan dan pahala-Nya. Karena Al-Qur'anul Karim adalah sebaik-baik kitab, yang diturunkan kepada Rasul termulia, untuk umat terbaik yang pernah dilahirkan kepada umat manusia dengan syari'at yang paling utama, paling mudah, paling luhur dan paling sempurna.

Al-Qur'an diturunkan untuk dibaca oleh setiap orang muslim, direnungkan dan dipahami makna, perintah dan larangannya, kemudian diamalkan. Sehingga ia akan menjadi hujjah baginya di hadapan Tuhannya dan pemberi syafa'at baginya pada hari Kiamat.

Allah telah menjamin bagi siapa yang membaca Al-Qur'an dan mengamalkan isi kandungannya tidak akan tersesat di dunia dan tidak celaka di akhirat, dengan firmanNya "Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka." (Thaha:123),

Janganlah seorang muslim memalingkan diri dari membaca kitab Allah, merenungkan dan mengamalkan isi kandungannya. Allah telah mengancam orang-orang yang memalingkan diri darinya dengan firman-Nya : "Barangsiapa berpaling dari Al-Qur'an maka sesungguhnya ia akan memikul dosa yang besar di hari Kiamat." (Thaha : 100),

"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta." (Thaha: 124),

Di antara keutamaan Al-Qur'an :

1. Firman Allah Ta 'ala : "Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri." (An-Nahl: 89),

2. Firman Allah Ta'ala : ...Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus." (Al-Ma'idah: 15-16).

3. Firman Allah Ta 'ala : "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi ouang-orang yang beriman." (Yunus: 57).

4. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam : "Bacalah Al-Qur'an, karena ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa'at bagi pembacanya." (HR. Muslim dari Abu Umamah).

5. Dari An-Nawwas bin Sam'an radhiallahu 'anhu, katanya : Aku mendengar Rasul shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Didatangkan pada haui Kiamat Al-Qur'an dan para pembacanya yang mereka itu dahulu mengamalkannya di dunia, dengan didahului oleh surat Al Baqarah dan Ali Imran yang membela pembaca kedua surat ini. " (HR, Muslim).

6. Dari Utsman bin Affan radhiallahu'anhu, katanya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya." (HR. Al-Bukhari)

7. Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhu, katanya : Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf." (HR. At-Tirmidzi, katanya: hadits hasan shahih).

8. Dari Abdullah bin Amr bin Al 'Ash radhiallahu 'anhuma, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Dikatakan kepada pembaca Al-Qur'an : "Bacalah, naiklah dan bacalah dengan pelan sebagaimana yang telah kama lakukan di dunia, karena kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang kamu baca." (HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi dengan mengatakan: hadits hasan shahih).

9. Dari Aisyah radhiallahu 'anhu, katanya : Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Orang yang membaca Al-Qur'an dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala." (Hadits Muttafaq 'Alaih). Dua pahala, yakni pahala membaca dan pahala susah payahnya.

10. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Tidak boleh hasut kecuali dalam dua perkara, yaitu : orang yang dikaruniai Allah Al-Qur'an lalu diamalkannya pada waktu malam dan siang, dan orang yang dikaruniai Allah harta lalu diinfakkannya pada waktu malam dan siang "(Hadits Muttafaq 'Alaih). Yang dimaksud hasut di sini yaitu mengharapkan seperti apa yang dimiliki orang lain. (Lihat kitab Riyadhus Shaalihiin, hlm. 467-469.

Maka bersungguh-sungguhlah semoga Allah menunjuki Anda kepada jalan yang diridhai-Nya untuk mempelajari Al-Qur'anul Karim dan membacanya dengan niat yang ikhlas untuk Allah Ta'ala. Bersungguh-sungguhlah untuk mempelajari maknanya dan mengamalkannya, agar mendapatkan apa yang dijanjikan Allah bagi para ahli Al-Qur'an berupa keutamaan yang besar, pahala yang banyak, derajat yang tinggi dan kenikmatan yang abadi. Para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dahulu jika mempelajari sepuluh ayat dari Al-Qur'an, mereka tidak melaluinya tanpa mempelajari makna dan cara pengamalannya.

Dan perlu Anda ketahui, bahwa membaca Al-Qur'an yang berguna bagi pembacanya, yaitu membaca disertai merenungkan dan memahami maknanya, perintah-perintahnya dan larangan-larangannya. Jika ia menjumpai ayat yang memerintahkan sesuatu maka ia pun mematuhi dan menjalankannya, atau menjumpai ayat yang melarang sesuatu maka iapun meninggalkan dan menjauhinya. Jika ia menjumpai ayat rahmat, ia memohon dan mengharap kepada Allah rahmat-Nya atau menjumpai ayat adzab, ia berlindung kepada Allah dan takut akan siksa-Nya. Al-Qur'an itu menjadi hujjah bagi orang yang merenungkan dan mengamalkannya, sedangkan yang tidak mengamalkan dan memanfaatkannya maka Al-Qur'an itu menjadi hujjah terhadap dirinya (mencelakainya).

Firman Allah Ta 'ala : "lni adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayat-Nya dan supaya orang-orang yang mempunyai pikiran mendapatkan pelajaran." (Shad: 29).

Bulan Ramadhan memiliki kekhususan dengan Al-Qura'nul Karim, sebagaimana firman Allah : "Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan permulaan Al-Qur'an ... "(Al-Baqarah: 185).

Dan dalam hadits shahih dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertemu dengan Jibril pada bulan Ramadhan setiap malam untuk membacakan kepadanya Al-Qur'anul Karim.

Hal itu menunjukkan dianjurkannya mempelajari Al-Qur'an pada bulan Ramadhan dan berkumpul untuk itu, juga membacakan Al-Qur'an kepada orang yang lebih hafal. Dan juga menunjukkan dianjurkannya memperbanyak bacaan Al-Qur'an pada bulan Ramadhan.

Tentang keutamaan berkumpul di masjid-masjid untuk mempelajari Al-Qur'anul Karim, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Tidaklah berkumpul suatu kaum di salah satu rumah Allah seraya membaca kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka, kecuali turunlah ketenangan atas mereka, serta mereka diliputi rahmat, dikerumuni para malaikat dan disebut-sebut oleh Allah kepada para malaikat di hadapan-Nya." (HR. Muslim).

Ada dua cara untuk mempelajari Al-Qur'anul Karim:

1. Membaca ayat yang dibaca sahabat Anda.

2. Membaca ayat sesudahnya. Namun cara pertama lebih baik.

Dalam hadits Ibnu Abbas di atas disebutkan pula mudarasah antara Nabi dan Jibril terjadi pada malam hari. Ini menunjukkan dianjurkannya banyak-banyak membaca Al-Qur'an di bulan Ramadhan pada malam hari, karena malam merupakan waktu berhentinya segala kesibukan, kembali terkumpulnya semangat dan bertemunya hati dan lisan untuk merenungkan. Seperti dinyatakan dalam firman Allah : "Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyu'), dan bacaan di waktu itu lebih berkesan." (Al-Muzzammil: 6).

Disunatkan membaca Al-Qur'an dalam kondisi sesempurna mungkin, yakni dengan bersuci, menghadap kiblat, mencari waktu-waktu yang paling utama seperti malam, setelah maghrib dan setelah fajar. Boleh membaca sambil berdiri, duduk, tidur, berjalan dan menaiki kendaraan. Berdasarkan firman Allah : "(Yaitu) orang-orang yang dzikir kedada Allah sambil berdiri, atau duduk, atau dalam keadaan berbaring..." (Al'Imran:191). Sedangkan Al-Qur'anul Karim merupakan dzikir yang paling agung.

Read more...

02 September 2009

Pesan dan Nasihat

Manfaatkan dan pergunakan masa hidup anda, kesehatan dan masa muda anda dengan amal kebaikan sebelum maut datang menjemput. Bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dalam setiap waktu dari segala dosa dan perbuatan terlarang. Jagalah fardhu-fardhu Allah dan perintah-perintah-Nya serta jauhilah apa-apa yang diharamkan dan dilarang-Nya, baik pada bulan Ramadhan maupun pada bulan lainnya.

Jangan sampai anda menunda-nunda taubat, sehingga anda pun mati dalam keadaan maksiat sebelum sempat bertaubat, karena anda tidak tahu apakah anda dapat menjumpai lagi bulan Ramadhan mendatang atau tidak?

Bersungguh-sungguhlah dalam mengurus keluarga, anak-anak dan siapa saja yang menjadi tanggung jawab anda agar mereka taat kepada Allah dan menjauhkan diri dari maksiat kepada-Nya. Jadilah suri tauladan yang baik bagi mereka dalam segala bidang, karena andalah pemimpin mereka dan bertanggung jawab atas mereka di hadapan Allah Ta'ala. Bersihkan rumah Anda dari segala bentuk kemungkaran yang menjadi penghalang untuk berdzikir dan shalat kepada Allah.

Sibukkan diri dan keluarga anda dalam hal yang bermanfaat bagi anda dan mereka. Dan ingatkan mereka agar menjauhkan diri dari hal yang membahayakan mereka dalam agama, dunia dan akhirat mereka.

Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya kepada kita semua untuk amal yang dicintai dan diridhai-Nya. Selawat dan salam semoga juga dilimpahkan Allah kepada Nabi kita Muhammad saw, segenap keluarga dan para sahabatnya.

Read more...

Menilai erti sebenar Kemerdekaan Menurut Islam

Cuti sekolah tadi saya mengemas rumah bersama isteri dan anak. Habis barang-barang lama dan kertas yang dirasakan tak berguna dilonggokkan untuk dibuang. Sambil tu tengok-tengok juga apa-apa yang patut disimpan. Tiba-tiba saya terjumpa satu risalah mengenai merdeka yang dah beberapa tahun tersimpan dalam almari yang sedang dikemas. Rasanya risalah ni berguna , jadi saya taip dan jadikan sebagai posting untuk blog ini . Tajuknya ...

RENUNGAN MERDEKA : MENILAI ERTI SEBENAR KEMERDEKAAN MENURUT ISLAM

  • Merdeka bukanlah sekadar bebas dari cengkaman penjajah semata …!
  • Merdeka bukanlah sekadar kejayaan mengecapi kemewahan hidup semata …!
  • Merdeka pula bukanlah bergembira bersorak melaungkan merdeka saban tahun hinggalah sampai tahun-tahun berikutnya …!

Saudara ku ! Adakah kita sebenarnya sudah merdeka ?

  • Seorang Muslim dilahirkan penuh bebas untuk bersuara, bebas menikmati hidup, bebas membuat pilihan, bebas bermuamalah … tetapi kebebasan seorang Muslim itu terbatas oleh Hukum Allah .
  • Merdeka sebenar seorang Muslim hanyalah tatkala Muslim itu langsung tidak takutkan apa jua hukuman manusia, tetapi hanya takutkan hukuman dan balasan Allah sahaja.
  • Muslim merdeka adalah Muslim yang berjaya membebaskan diri dari penghambaan diri kepada manusia. Rasulullah saw berjihad membebaskan masyarakat Arab Makkah dari menghambakan diri kepada sesama manusia kepada menghambakan diri kepada Allah.

Apa itu merdeka sebenar menurut Islam ?
Merdeka bagi seorang Muslim bukanlah sekadar bebas di dunia, tetapi merdeka sebenarnya hanyalah apabila telah berjaya melepasi titian "Siratul mustaqim" untuk memasuki syurga ilahi.

Tiada ertinya sambutan merdeka puluhan tahun jika …
Kita terus leka …
  • Menggalakkan pergaulan bebas lelaki perempuan tanpa batasan dosa pahala, halal haram ?
  • Memartabat dan mengagungkan artis sebagai idola dan contoh hidup kita ?
  • Membiarkan jenayah dan penindasan di negara kita meningkat dengan tinggi sekali ?
  • Membiarkan perzinaan dan pelacuran berleluasa saban hari ?
  • Merelakan kaum bangsa dan dan saudara kita paling ramai bermain dengan dadah dan merengkok di dalam penjara seluruh Malaysia ?
  • Membiarkan saudara kita bermain dengan botol-botol arak dan judi ?
  • Membiarkan begitu ramai saudara kita murtad meninggalkan agama tercinta ?
  • Membiarkan masyarakat dan kerajaan kita dibelenggu gejala rasuah yang begitu serius sebagai yang paling tinggi di dunia ?

Kita hanya mampu …
  • Mmembiarkan diri dari menegur orang yang menghina islam, hatta mereka adalah kaum dan bangsa atau kerajaan kita sekalipun ?
  • Bersorak Merdeka ! bergembira semata tanpa kesedaran, tetapi pejuang dan ulamak dahulu bermatian menghunus pedang menghalau penjajah dengan mengorbankan darah mereka ?
  • Melihat tanpa perasaan tatkala saudara kita di Palestine , Thailand, Iraq, Afghnistan dan lain-lain tempat disembelih dan dibunuh sesuka hati oleh musuh ?

Kita langsung tidak peduli apabila …
  • Syariat Allah dalam Al Quran dan hadis dinafikan perlaksanaannya dalam perendangan ?
  • Undang-undang penjajah terus diagungkan dan dilaksanakan ?
  • Kita langsung tidak peduli dan tidak sedar untuk menunaikan amanah kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi yang akan dipanggil malaikat maut bila-bil masa sahaja untuk bertemu Allah di alam barzakh kelak …

Wahai saudaraku yang dikasihi …
  • Marilah kita merenung asal usul kejadian kita di sisi Allah …
  • Marilah kita bermuhasabah atas segala amanah yang kita tanggung sebagai manusia Muslim sekarang ini …
  • Marilah kita bersama berdoa agar allah memerdekakan jiwa kita sepenuhnya dari tipu daya kehidupan dunia ini …
  • Ya Allah… Pimpinlah kami untuk mencapai kemerdekaan sejati disisi-Mu yang abadi …!


Read more...

PILIH AKHBAR ANDA

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA