CATATAN TERKINI

27 Ogos 2009

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Read more...

25 Ogos 2009

Jadual harian seorang muslim di bulan ramadhan

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi - Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi -
- Solat Sunat Tahajjud
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir

5.00 pagi - Makan Sahur

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.

Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

11.00 mlm - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Read more...

22 Ogos 2009

Adab berpuasa dan solat tarawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai’, sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)
Oleh NAZMI AIDARUS
- Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.
Sumber: http://www.utusan.com.my/

Read more...

21 Ogos 2009

Malam Pertama Ramadhan

Maghrib dah masuk, menandakan bermulaya 1 Ramadhan 1430H. Terdengar azan maghrib dari surau Darul Taqwa. Saya baru sampai rumah dari K.Batas , ada urusan keluarga petang tadi. Bergegas ambil wudhuk dan pakai pakaian solat untuk berjemaah. Kalau boleh ramadhan tahun ni 5 waktu penuh berjemaah. Itu pun kalau dapat ... Biasanya payah nak dapat tambah kalau ada meeting di office.

Saya terlewat sikit tapi masih sempat rakaat pertama bersama imam. Jemaah agak ramai dari hari biasa, itulah keberkatan ramadhan. Semua jemaah berlumba-lumba nak dapatkan saf hadapan. Mungkin dah faham tentang kelebihan di saf hadapan . Akibatnya saya yang lewat sampai terperosk di saf ketiga. hari2 biasa solat maghrib hanya satu saf, itupun tak penuh.
Selesai doa diaminkankan dan bersalaman, para jemaah berkerumun ke papan kenyataan. Apa ada di sana ? Saya pun ikut sama tinjau . Rupanya ada beberapa maklumat tentang giliran imam dan bilal serta jadual untuk sesiapa nak sponsor berbuka puasa dan more selepas tarawih.

Lepas maghrib saya balik rumah makan apa yang patut. Hujan renyai-renyai dah mula turun. Azan isyak berkumandang dan saya terus ke surau. Dah ramai jemaah yang sampai, lebih ramai dari maghrib tadi. Jemaah lelaki 6 saf termasuk kanak-kanak, jemaah perempuan 2 saf. Ramai betul ... getus hati saya. Peghawa dingin dah ada 3 set dengan 2hp setiap set, walaubagaimanapun ada masalah teknikal sikit, pendingan hawa terpaksa ditutup. Jadi ... macam biasa, guna kipas. Cuaca diluar sejuk dengan hujan renyai-renyai.

Selesai isyak dan solat sunat isyak, bermulalah solat sunat tarawih . Imam membaca surah al-Maa'idah dari quran besar di hadapannya. Lama juga berdiri, tidak seperti di tempat lain yg express . Nak dapat 8 rakaat rasanya hampir 45 minit. Aduh ...lenguh rasanya. Selesai 8 rakaat hilang 3 saf di belakang, yang tinggal hanya 3 saf meneruskan solat tarawih sehingga 20 rakaat dan witir 3 rakaat terus, jam 11 baru selesai. Itulah sedikit catatan malam pertama ramadhan. Di harap semoga malam-malam berikutnya jemaah bertambah ramai, begitu juga dengan 5 waktu solat wajib.

Read more...

20 Ogos 2009

Bahan Muat Turun

INFO RAMADHAN
Buku Panduan Ramadhan
Amalan di bulan ramadhan
Cara menyambut ramadhan
Fatwa2 mengenai ramadhan
Fadhilat ramadhan
Renungan ramadhan
Risalah ramadhan

KULIAH UST DR HARON DIN (Audio)
(Kitab Minyatul Mosalli)

Siri 1 Siri 2 Siri 3 Siri 4 Siri 5 Siri 6 Siri 7
Siri 8 Siri 9 Siri 10 Siri 11 Siri 12 Siri 13 Siri 14
Siri 15 Siri 16 Siri 17 Siri 18 Siri 19 Siri 20 Siri 21
Siri 22 Siri 23 Siri 24 Siri 25 Siri 26 Siri 27
Dr Haron Din - Tazkirah Ramadhan

KULIAH USTAZ SHAMSURI HJ AHMAD
Aurat
3 Tocang
15 Azab Riba'
Anak Perempuan
Apa Salahku
Lebih baik diam dari berkata-kata
Bapa mertuaku
Bencana Sihir siri 1
Bencana sihir siri 2
Bunuh
Cinta sejati
Cowboy
Dajjal - batu bercakap
Dajjal sudah wujud
Duit-duit 1 kaya senang
Dulu OK sekarang KO
Ganti nyawa




























Read more...

19 Ogos 2009

Andai Ini Ramadhan Terakhir .....

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu...merayu…
Kepadanya tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan diawal waktu solat yang dikerjakan…
Sungguh khusyuk lagi tawadhu’
Tubuh dan qalbu….
Bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil…
Menangis kecurangan janji “Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahirabbil’alamin
(kerananya solatku,ibadahku,hidupku dan mati ku… kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan Sekalian Alam)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia-siakan walaupun saat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkanbegitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang…
Bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibuk dengan berterawih..
Berqiamullail…bertahajjud..mengadu…merintih..meminta kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke Syurga-MU
Tapi..aku tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan yang kita buru….
Kita cari. .suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiapkan diri..rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan……
Lorong-lorong redha Al-Rahman

Duhai Ilahi
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan yang Paling bererti..
Paling berseri…
Menerang kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan redha serta kasih sayangMu

Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami disana nanti
Namun teman….
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan terakhir kali
Bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itulah hanya berusaha…
Bersedia..meminta belas-NYA
Andai benar Ramadhan ini terakhir buat kita…


(petikan dari keluaran Khas JAIPk)

Read more...

17 Ogos 2009

PEDOMAN

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Jagalah taqwa kepada Allah, sebab taqwa itu menghimpun segala kebaikan. dan kerjakan lah jihad sebab ia sebagai pertapaan bagi ummat islam dan lazimilah dzikrullah dan membaca al-quran sebab ia cahaya penerangan untukmu di bumi dan sebutan nama mu di langit. dan jagalah lidahmun kecuali dalam kebaikan sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan."

Sabda Rasulullah lagi :

4 sifat yang tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:-
1.Diam dan ini ibadat yang pertama
2.Tawaduk
3.Zikrullah atau berzikir
4.Tidak berbuat kejahatan

Seorang hakim berkata : 6 sifat yang menunjukkan kebodohan iaitu:-

1.Marah tidak pada tempatnya
2.Bicara yang tidak berguna, kerana itu seorang yang berakal tidak berbicara kecuali jika penting dan berguna
3.Pemberian yang tidak pada tempatnya
4.Membuka rahsia kepada semua orang
5.Percaya kepada semua orang
6.Tidak membezakan antara kawan dan lawan kerana itu kita harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk di taati dan musuh untuk di awasi dan musuh yang utama ialah syaitan, yang benar-benar harus di jauhi.

Rasulullah bersabda:

" 5 sifat yang tidak terdapat pada orang munafik.
1.Pengertian agama,
2.Berhati-hati dalam lidah,
3.Senyum di muka,
4.Nur ( terang) dalam hati
5.Cinta kepada kaum muslimin.

Yakya bin Aksam berkata :

"tiada seorang yang baik perkataannya melainkan akan tampak dalam semua amalnya dan tiada rosak perkataan seseorang melainkan akan tampak dalam semua amal perbuatannya."
Lukhman al-hakim berkata kepada puteranya: hai anak, siapa yang bersahabat pada seseorang yang jahat tidak selamat. dan siapa yang masuk di tempat yang jelek akan tertuduh. dan siapa yang tidak dapat menahan lidahnya akan menyesal.


Seorang hakim berkata :

Diam mengandungi 7,000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimat dalam tiap kalimat seribu.
1. Diam itu ibadat tanpa susah payah
2. Perhiasan tanpa berkias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutup segala aib juga di sebut diam itu keindahanh bagi orang alim dan penutup bagi yang bodoh.

Jasmani Anak Adam

Jasmani anak adam terbahagi kepada 3 iaitu hati, lidah dan anggota badan. Allah telah memuliakan setiap bahagian tersebut, hati di muliakan dengan ma'rifat dan tauhid. Lidah di muliakan dengan kalimah syahadah dan membaca al-quran. Dan anggota badan yang lain di muliakan dengan sembahyang, puasa dan ibadat2 lain. dan allah menyerahkan bahagian2 itu pada pengawas dan pengawal di mana hati di awasi oleh Allah sendiri sehingga tiada yang mengetahui apa yang di dalam hati. lidah pula di serahkan kepada malaikat raqib dan atiq.tiada melepas sepatah kata melainkan padanya pencatat raqib dan atiq.anggota badan yang lain pula di serahkan kepada perintah dan larangan dan masing2 di minta menepati dan jujur. Maka kejujuran hati ialah tetap beriman. Kejujuran lidah tidak berdusta dan tidak membicarakan apa-apa yang bukan kepentingannya.Dan kejujuran anggota badan tidak digunakan untuk maksiat dan tidak menganggu orang muslim. Maka siapa yang tidak jujur hatinya bererti munafik dan siapa yang tergelincir lidahnya maka ia kafir dan siapa yang tergelincir anggota badan maka ia maksiat (berdosa).
Umar bin Alkhattab r.a berkata hai pemuda jika engkau dapat menjaga 3 macam bahaya maka engkau terhindar dari bahaya kepemudaanmu iaitu jika engkau menjaga lidahmu, kemaluanmu dan perutmu.

Luqman Alhakim

Luqman Alhakim menceritakan kisah seorang hamba yang disuruh oleh tuannya menyembelih kambing dan menyediakan hidangan dari bahagian kambing yang paling baik. Maka hamba tersebut menghidangkan hati dan lidah. Keesokkan hari nya, tuan tersebut menyuruh hamba menyembelih kambing lagi seekor dan menghidangkan bahagian yang paling busuk maka hamba tadi menghidangkan hati dan lidah.Tuan tersebut hairan meminta penjelasan dari hambanya.Hamba tersebut menjawab di dalam badan tidak ada yang lebih baik dari hati dan lidah dan bahagian yang paling busuk juga adalah hati dan lidah.

Muadz r.a

Muadz r.a pernah meminta nasihat dari rasulullah s..a.w maka rasulullah berkata jagalah lidahmu kerana ramai orang yang terjerumus ke dalam neraka jahanam tidak lain hanya hasil dari lidahnya.

Sufyan Atstsauri berkata:

Bila saya melempar seorang dengan anak panah maka itu adalah lebih baik bagiku dari melemparnya dengan lidahku sebab lemparan lidah tidak pernah luput.

Abu Said Alkhudri r.a berkata :

Tiap pagi anggota badan anak Adam berpesan kepada lidah, hai lidah kami tuntut engkau dengan nama Allah, jujur-jujurlah sebab bila engkau jujur maka selamat kami semua dan bila engkau curang maka kami celaka.

Nabi Isa a.s berkata :

Jangan banyak bicara selain zikir kepada Allah, sebab banyak bicara menyebabkan beku hati dan hati yang beku itu jauh dari Allah tetapi engkau tidak mengetahuinya.

Seorang sahabat berkata:

Jika engkau merasa keras hatimu dan lemah badanmu dan berkurang rezekimu maka ketahuilah bahwa engkau telah bicara yang bukan kepentinganmu.

Khasiat wudhu' sebelum tidur

(1) Rasulullahi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap Allahumagh fir li abdika fulani fa innahu bata thaahirah "(Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci) ". (HSR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)

Penjelasan : Seseorang yang berwudhu' sebelum tidur, maka ia tidur didalam keadaan suci dan apabila kemudian ia bangun, maka malaikat turut membacakan doa untuk memintakan ampun orang tersebut dari Allah SWT. Dengan hadits ini Rasulullah s.a.w. memberikan semangat kepada kita supaya berwudhu' sebelum tidur kerana Allah adalah Zat yang Maha Suci dan mencintai kesucian. Oleh kerana itu, orang yang berwudhu' sebelum tidur adalah orang-orang yang memenuhi panggilan Allah ini, iaitu menjaga kesucian.

(2) Baginda Rasulillah s.a.w. bersabda: "Syaithan mengikat tengkuk salah seorang diantara kamu ketika ia tidur dengan 3 ikatan. Kemudian syaithan itu meniup tiap-tiap ikatan dengan ucapan masih panjang waktu malam, kerana itu teruslah tidur. Apabila ternyata ia bangun lalu dia mengingati Allah, nescaya ikatannya itu akan terlepas. Jika ia berwudhu' maka akan terlepas satu lagi ikatan dan jika ia sholat, maka akan terlepas pulalah seluruh ikatan sehingga ia bangun dengan badan yang bersih serta semangat yang segar. Tetapi jika dia tidak bangun, maka perasaannya menjadi lemah lagi malas". (HSR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a)

Penjelasan : Setiap orang yang merebahkan dirinya untuk tidur, maka pada saat itu syaithan akan mengikat 3 simpul talinya pada diri yang bersangkutan . Apabila ternyata orang itu terus tidur sampai kewaktu pagi bererti syaithan itu berhasil, tetapi apabila ia bangun ditengah malam, kemudian dia ingat kepada Allah, maka ikatan syaithan tersebut terlepas dan apabila ia kemudian berwudhu' maka ikatan tali syaithan yang kedua terlepas. Dan jika ia kemudian berdiri untuk solat malam, maka lepaslah seluruh ikatan tali syaithan tersebut dan orang semacam ini akan menikmati kesegaran badan dan kesegaran rohani pada pagi harinya, sehingga rasa malas menjadi hilang. Semoga kita mendapat hidayah dari sabda yang mulia Baginda Rasulullah s.a.w. ...insya-Allah...

Sahabat Sejati : Pesanan Al-Qamah kepada Puteranya.

Al-qamah pernah memberikan wasiat kepada puteranya...dan ia berkata..
"Hai anakku, jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini, iaitu jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungimu,jikalau engkau sahabat dia, ia akan merupakan hiasan bagi dirimu dan jikalau engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia gemar pula mencukupi kekuranganmu"

Galakkan Islam

Islam menggalakkan kita memilih sahabat dari kalangan mereka yang mempunyai tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang tinggi...dalam sebuah hadis...(maaf, ana tak ingat riwayat siapa) ada mengatakan...pilihlah sahabat yang apabila kita meminta bantuan..dia akan memberikan jasa baiknya dengan rasa terharu....dan jika ia mengetahui keaiban diri kita..dia akan berusaha untuk menutupnya....Dan juga pilihlah sahabat yang apabila kita diam...dia akan menyapa kita terlebih dahulu....dan seorang sahabat sejati akan meringankan kesusahan yang kita alami...dan menghiburkan hati kita apabila kita dilanda kesedihan.....

Pesanan Alqamah pada puteranya ....

Hai anakku...jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat...pilihlah di kalangan mereka yang apabila engkau berkata-kata, dia akan menegur dirimu apabila kata-katamu itu tidak benar...jikalau engkau berselisih faham dengannya...ia akan mengalah untuk kepentinganmu.."

Saiyidina Ali pernah berkata..

"Saudaramu yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu..Ia suka menerjunkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kemanfaatan dirimu...."

Dalam hal bersahabat ini juga....ada di ceritakan mengenai Luqman dan anaknya... kata Luqman.." hai anakku, duduklah rapat-rapat dengan para alim ulama, eratkanlah dirimu dengan kedua lututnya, kerana hati nurani itu dapat hidup dengan adanya hikmat sebagaimana hidupnya bumi yang mati dengan sebab adanya hujan yang lebat"
Dalam pergaulan seharian kita, sahabat-sahabat adalah penting...namun
begitu, adakah sahabat sedemikian rupa akan atau telah kita temui pada masa ini? InsyaaAllah, sama-samalah kita perbaiki diri....moga-moga...kita akan menjadi sahabat yang sejati...yang dicintai.....dan dikasihi....aminn.

Sangka-sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu keranan mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangaka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

Read more...

16 Ogos 2009

Gotong Royong Keceriaan Surau

Ahad 16 Ogos 2009, Seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat sambutan ramadhan dahulu, maka pada hari ini bermula jam 9.00 pagi aktiviti gotong keceriaan surau telah dilaksanakan dengan jayanya. Kehadiran sekitar 25 orang. Agihan tugas telah diberi kepada dua bahagian iaitu bahagian dalaman dan luaran. Seperti biasa jamuan ringan disediakan oleh para jemaah. Masing-masing membawa juadah untuk mengalas perut yang kosong. Semua jemaah yang hadir merasa gembira walaupun keletihan kerana telah dapat melaksanakan satu tuntutan fardhu kifayah.

Pada masa yang sama, di gelanggang serba guna berlangsung pertandingan Footsal anjuran Belia 4B dan Ruku Tetangga Simpang Empat Semanggol. Ramai belia dari luar yang hadir untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Walaubagaimanapun para jemaah tidak tergugat langsung dengan pertandingan tersebut dan meneruskan gotong royong demi untuk mencari keredhaan Allah.



Read more...

14 Ogos 2009

Mesyuarat Sambutan Ramadhan

13 Jun 2009 Khamis malam jumaat, satu mesyuarat berkisar tentang persediaan menyambut kedatangan Ramadhan 1430 telah berlangsung di surau Darul Taqwa selepas solat isyak. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Hj zakaria Osman selaku pengerusi taman dan surau. Kehadiran jemaah agak memberangsangkan iaitu sekitar 50 orang. Beberapa keputusan telah dibuat dan dipersetujui sebulat suara oleh semua jemaah, antaranya ialah :

1. Gotong royong membersihkan surau dan persekitarannya pada hari Ahad (16 Ogos 2009) bermula jam 8.00 pag.

2. Majlis berbuka puasa perdana pada malam 27 Rramadhan.

3. Mengadakan majlis berbuka puasa pada setiap hari mengikut kumpulan yang akan ditetapkan.

4. Jamuan more selepas solat Taraweh. Kepada individu atau kumpulan yang berhajat bolehlah menuliskan nama pada papan kenyataan more untuk membuat tempahan tarikh.

5. Solat Taraweh sebanyak 20 rakaat melainkan jika ada tazkirah ramadhan.

6. Mengadakan tazkirah ramadhan. Beberapa penceramah telah memberikan persetujuan untuk hadir memberikan tazkirah. (Lihat pada papan kenyataan blog ini).

7. Imam dan bilal yang dilantik untuk bertugas semasa solat taraweh adalah otomatik menjadi imam solat 5 waktu pada hari tersebut. Sekiranya imam atau bilal berkeuzuran maka mereka perlu mencari pangganti supaya perjalanan solat berjamaah dapat berjalan lancar.

8. Tadarus Al-Quran selepas solat subuh pada cuti persekolahan dan selepas solat taraweh.

9. Mengadakan tabung ramadhan untuk perjalanan surau dan sebagai duit raya anak-anak.

10. Takbir dari rumah kerumah pada malam Aidil Fitri tidak melebihi jam 12.00 malam.

11. Solat hari raya Aidil Fitri akan diadakan di surau.

Barisan Jawatankuasa : Dari kiri En Mohd Aini (Setiausaha), Tn Hj Zakaria (Pengerusi), En Razaman (N.Pengerusi), En Hanif (Bendahari).

Barisan Jawatankuasa : Dari kiri En Razaman (N.Pengerusi),
En Hanif (Bendahari), En Jamaludin (Pen Setiausaha), En Shukur (Pen Bendahari).
Jawatankuasa sedang mendengar pandangan jemaah

Sebahagian dari para jemaah yang hadir sedang mendengar cadangan dan pandangan



En Jamaludin (Pen Setiausaha) sedang membentangkan
cadangan jemputan pentazkirah Ramadhan

Read more...

11 Ogos 2009

Keutamaan Berjemaah

Bersabda Rasulullah s.a.w :


Solat berjemaah itu melebihi solat bersendiri dengan 27 darajat.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengesan beberapa orang tidak ikut serta dalam jemaah, lalu baginda berkata: Saya hampir-hampir akan memerintahkan orang lain untuk mengimami orang ramai dalam solat, kemudian saya pergi mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkannya (solat berjamaah), lalu saya membakar rumah-rumah mereka .


Dalam sebuah Hadis Marfu' yang diriwayatkan oleh Khalifah Usman r.a. dari Rasulullah bunyinya: Barangsiapa yang mengerjakan solat Isya' berjemaah, maka ia seolah-olah mendirikan ibadat sepanjang malam itu .


Berkata Muhammad bin Wasi: Saya tiada menginginkan dunia melainkan pada tiga perkara saja:


(1) Seorang saudara yang apabila saya membuat bengkok (salah), dia akan meluruskan (membetulkan) saya.


(2) Makan dari rezeki yang halal.


(3) Solat dalam berjemaah yang akan diangkat daripadaku semua kelalaianku dan dituliskan bagiku pahala.


Al-Hasan pula berkata: Jangan kamu bersolat di belakang seorang yang tidak sering mendatangi para ulama .


Ibnu Abbas r.a. berkata: Barangsiapa mendengar suara muazzin, sedangkan dia tiada menjawabnya (menurut pergi solat berjemaah), nyatalah ia tiada mencintai kebaikan, dan tentu sekali kebaikan juga tidak akan mencintainya .

Read more...

10 Ogos 2009

Yakjuj dan Makjuj – Berita Gempar dari NASA

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ?

Sumber

Read more...

08 Ogos 2009

MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Ertinya:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".

H.R.Termizi

Keterangan

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

TAMAT

40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama.
Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Read more...

07 Ogos 2009

E-Codes

Perkara ni dah lama tersebar dalam internet dan risalah. Kebetulan saya ambil risalah ni dalam surau untuk perhatian kita semua.

(E-CODES) PRODUK MAKANAN YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI :

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Jadi ... apabila membeli makanan lihatlah Code kandungan makanan yang ada pada lebel makanan tersebut sebelum membelinya.

Read more...

06 Ogos 2009

Majlis Nisfu Syaaban 1430H


Rabu 5 Ogos 2009 , Majlis Nisfu Syaaban telah diadakan di surau Darul Taqwa. Majlis bermula pada waktu maghrib dengan solat maghrib berjamaah. Selepas solat sunat maghrib, diadakan solat hajat memohon supaya dijauhkan dari wabak penyakit H1N1 yang sedang melanda dunia sekarang ini. Selepas itu majlis diteruskan dengan majlis bacaan Yaasin , doa dan zikir. Selepas solat solat isyak para jemaah menikmati jamuan mee rebus. Majlis turut disertai oleh kaum ibu (muslimat).

Pada hari ini hujan turun sejak awal pagi dan berlarutan sehingga ke malam setelah beberapa hari hujan tidak turun. Pada awal pagi hujan turun lebat dan berhenti sekitar jam 10.00 pagi, tetapi cuaca masih mendung. Pada sebelah petang hujan sekali sekala. Masuk waktu maghrib hujan turun dengan lebatnya, namun para jemaah tetap hadir. Bagaimanapun kehadiran tidaklah seberapa jika hendak dikira dengan bilangan penduduk. Bilangan penduduk sekitar 80 keluarga. Kehadiran sekitar 30 ke 40 orang. Begitulah situasinya, ditempat lainpun rasanya begitu juga.







Read more...

03 Ogos 2009

KENAPA ENGGAN BERADA DI SAF HADAPAN?

"Memberi keutamaan kepada orang lain dalam melakukan amalan qurbah adalah makruh"

Satu fenomena yang selalu kita lihat di masjid-masjid, terutamanya hari jumaat; orang kita tidak suka berada di saf hadapan. Jika ada ruang hadapan yang kosong, biasanya orang yang berbetulan dengan ruang itu tidak akan melangkah ke depan, tetapi mempersilakan orang lain untuk mengisi ruang kosong itu. Ia merasakan tindakannya itu baik kerana mendahulukan orang lain. Sebenarnya, perbuatan itu adalah makruh. Sepatutnya apabila ada ruang kosong di saf hadapan kita, kitalah yang paling utama merebut ruang itu dari orang lain. Firman Allah (bermaksud); "Maka berlumba-lumbalah kamu untuk melakukan kebaikan" (al-Baqarah; 148). Sabda Nabi s.a.w.; "Jika kamu mengetahui besarnya pahala yang ada di saf hadapan, nescaya kamu akan merebutnya sekalipun terpaksa mengundi (untuk mendapatkannya dari orang lain)" (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a..

Dalam kaedah Fiqh, ada dinyatakan; "Memberi keutamaan kepada orang lain dalam melakukan amalan-amalan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) hukumnya adalah makruh. Adapun dalam menerima pemberian, maka memberi keutamaan kepada orang lain adalah digalakkan". Kaedah Fiqh ini memberi pengertian; jika kita ada peluang untuk melakukan amalan kebaikan/kebajikan, rebutlah peluang itu dan jangan menyerahkannya kepada orang lain kerana kita yang amat memerlukan pahala dari amalan itu. Kita tidak mengetahui; apakah pahala yang kita ada sudah mencukupi atau tidak? Kerana itu, kita perlu merebutnya. Sebaliknya pula dalam menerima pemberian; kita digalakkan mengutamakan orang lain. Contohnya; ada orang datang membawa makanan untuk kita dan kawan-kawan bersama kita. Maka ketika itu, kita disunatkan mempelawa kawan-kawan kita untuk lebih dulu mengambilnya, kemudian barulah kita mengambilnya.

Sumber AnNasihah

Read more...

01 Ogos 2009

Syaitan membantu ke masjid

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid . Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid . Ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,

jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. lelaki itu menolak. pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.

lelaki itu menjawab

"Aku adalah IBLIS (setan)"


Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masj id ,
Allah memaafkan semua dosa2mu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah , kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga , jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'


Moral:
Jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

Sumber Koleksi isu hangat

Read more...

PILIH AKHBAR ANDA

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

PAUTAN PILIHAN


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab

PAUTAN MEGA